bab 21

105 2 0
                                    

Eve pov

Aku memandu pulang ke rumah selepas penat bekerja . Tak penat sebenarnya cuma bila lelaki annoying tu sengaja membuatnya penat sebegini . Teringat kejadian tengahari tadi

" saya tak nak design landskap ni " kata Rayyan

" tapi bukan ni yang awak minta 2 hari lepas ? Ni lah hasil design nya " jawab aku

" memang lah tapi itu 2 hari lepas . Saya dah tak minat design yang ni . Saya nak yang lain pulak " kata Rayyan

" saya dah buat design ni . Awak nak tukar . Mana boleh " bantah aku

" saya dah bayar untuk khidmat awak jadi awak kena dengar cakap saya . Saya nak tukar design lain . Awak faham tak , Eve Luspyna " ujar Rayyan sombong .

" Haih suka hati awak lah . Sekarang bagitahu saya , awak nak design macam mana untuk landskap taman rumah awak tu ? " tanya aku

" okay saya nak landskap taman tu .... " jawab Rayyan . Aku terus melukis taman yang Rayyan mahukan . 2 jam berlalu , 4 lukisan telah disiapkan tinggal lukisan yang ke-5 . Aku berhenti melukis apabila terasa seperti ada orang sedang memerhatikan aku . Aku mendongak dan melihat Rayyan berada begitu dekat sambil memandang aku lama . Aku terdiam . Tangan Rayyan perlahan diangkat dan memegang rambut aku

" Eve " panggil Rayyan

" Err yes " jawab aku

" nanti datang rumah aku " pinta Rayyan

" Ehh nak buat apa pulak " tanya aku terkejut

" aku nak kau teman aku " ujar Rayyan tenang

" kau jangan nak mengarut lah ! " jawab aku lalu menepis tangan Rayyan

" hahaha Eve . I'm just kidding . Don't mad me " pujuk Rayyan . Aku hanya diam .

" Eve " panggil Rayyan

Senyap

" Eve " panggil Rayyan lagi

Senyap

" Eve Luspyna "

" kau nak apa panggil nama aku . Boleh diam tak ? Aku nak buat kerja ni " jawab aku

" aku nak cakap kau cantik sangat harini " puji Rayyan

" dah lah . Kau jangan buang masa aku " ujar aku kembali melukis .

Sampai saja dirumah . Aku terus masuk dan naik ke bilik aku di tingkat 2 . Rumah baru 2 tingkat da terasa sunyi . Dulu kalau tinggal kat rumah papa mesti tak sunyi even rumah besar giler . Hmm aku rindukan Al . Kenapa jadi macam ni . Aku berbaring dan telefon bimbit dibuka . Galeri gambar dibuka . Beberapa gambar terlihat di skrin . Banyak kenangan dalam gambar tu . Tiba satu gambar aku yang sedang duduk dan Alphonse sedang membongkok sambil memberi aku bunga yurashigrey . Aku sedang tersenyum . Gambar ni diambil secara senyap-senyap oleh Robert dan dihantar ke smartphone aku . Beberapa lama , aku tertidur bersama gambar yang menemani .

Keesokan harinya aku telah datang ke rumah Rayyan . Lebih kepada rumah milik keluarganya . Aku dijemput masuk oleh seorang maid . Aku terdiam seketika melihat rumah agam milik keluarga Jonesville sangat cantik . Aku terleka sehingga terasa sesuatu yang meniup ditelinga aku menoleh . Kelihatan Rayyan sedang tersenyum

" hi Eve . Lama tunggu ? " tanya Rayyan

" hi . Tak lama " jawab aku ala kadar

" ouh yeke . Nak minum ? " tanya Rayyan .

" hmm Rayyan . Lets make this quick . Mana taman tu . Aku nak tengok " sangkal aku cepat . Rayyan mengeluh

" sure . Ikut aku " jawab Rayyan .

Sweet RevengeWhere stories live. Discover now