Duduk: Terjebak

780 68 14
                                    

Terjebak kau dalam dunia sementara
oleh takdir Sang Pencipta.

Terjebak kau dalam acahan nakal bebudak
oleh perilaku ayah dan emak.

Terjebak kau dalam gurauan kasar remaja
oleh kawan-kawan yang nak syok sahaja.

Terjebak kau dalam jerat cinta
oleh aura si dia yang kau tak tahu kenapa.

Terjebak kau dalam perebutan wang ringgit
oleh carta ekonomi negara yang menggigit.

Terjebak kau dalam dosa dan noda
oleh diri kau yang lupa pada Sang Pencipta.

Lalu, terjebak kau dalam hidayahnya
apabila kau kembali sedar bahawa kau hanya terjebak dalam dunia sementara dan di sini bukanlah syurga yang kekal indah selamanya.

Akhirnya kau sedar.

Aku harap kau sedar, setelah terjebak kau dalam nukilan ini.

Ya, buat aku juga. Kerana aku juga pernah terjebak.

DudukWhere stories live. Discover now