Angan-angan telah hadir,
Usaha pula cuma sebutir,
Jangan buat-buat khuatir,
Hasilnya memang segelintir.Angan-angan sudah berbuai,
Keberanian pula tak sampai-sampai,
Jangan buat-buat bebai,
Hasilnya hanya mamai.Angan-angan ada berpesan,
Kalau nak capai jangan beralasan,
Jangan hiraukan bosan,
Hasilnya memang berkesan.Angan-angan ada beritahu,
Kalau nak capai mesti tahu,
Jangan dibiar dungu,
Hasilnya hanya membeku.Angan-angan seperti Mat Jenin,
Fikiran Pak Kadok juga yang dijulang,
Usaha Pak Pandir usah dijalin,
Hasilnya bimbang jadi Lebai Malang.
YOU ARE READING
Duduk
PuisiDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...