Silam semalam kanak-kanak
Terasa begitu enak,
Selalu melompat tak cukup diam
Berpuluh parut pun tak cukup faham,Laman zaman sekolah
Terasa begitu menyerlah,
Selalu dipuja tak cukup puji
Berpuluh peminat pun tak cukup disaji,Selama bernama remaja
Terasa begitu teruja,
Selalu berangan tak cukup ranggi
Mahligai kayangan pun tak cukup tinggi,Waktu sewaktu muda
Terasa begitu tergoda,
Selalu bayar tak cukup sudah
Dompet tebal pun tak cukup ditadah,Masa semasa dewasa
Terasa begitu terseksa,
Selalu rasa tak cukup tangan
Ada kakitangan pun tak cukup ringan,Bersua benua tua
Terasa begitu mua,
Selalu terkenang tak cukup kata
Dari kisah kanak-kanak pun tak cukup bercerita,Apabila maut menjemput
Tiada lagi rasa begitu,
Selalu berharap bekalan cukup kemas
Untuk dibawa ke alam yang cukup cemas.
YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...