Duduk: Terlambat

188 26 6
                                    

Sewaktu kau kecil,
Kau membesar bersama dia,
Teman sepermainan yang selalu ada,
Seringkali alat permainan baru dia bawa.
Tak macam kau, hari-hari dengan permainan yang lama.

Sewaktu kau bersekolah,
Kau sekelas dengan dia,
Rakan sebaya kau yang sering dipuja,
Seringkali nombor satu itu dia punya,
Tak macam kau, hari-hari tuisyen pun tetap lupa.

Apakah kau sudah terlambat?

Ketika kau terpilih,
Kau berlatih bersama dia,
Acapkali wakil sekolah dia yang ditaja,
Tak serupa kau, hari-hari bersukan pun boleh koma.

Ketika kau remaja,
Kau sefakulti pula dengan dia,
Acapkali namanya dijulang dan dijaja,
Tak serupa kau, hari-hari duduk di belakang orang tak sapa.

Apakah kau sudah terlambat?

Dikala kau dewasa,
Kau sudah tak sehaluan dengannya,
Sekali di media sosial tersiar berita pangkatnya,
Tak seperti kau, hari-hari jadi kuli pendapatan tak seberapa.

Dikala kau berkerjaya,
Kau sudah bertahun-tahun sendiri sahaja,
Sekali di peti surat tersadai kad jemputannya,
Tak seperti kau, hari-hari menanti bulan jatuh ke riba.

Apakah kau sudah terlambat?

Semasa kau bersendirian,
Kau masih dengan harapan yang sama,
Sekali di telefon pintar terpapar mesej kelahiran cahaya matanya,
Tetapi kau, hari-hari anak kucing sahaja yang kau riba.

Semasa kau bersedih,
Kau masih dengan rintihan tanpa irama,
Sekali di telefon pintar terlantar panggilan kematiannya,
Lalu kau, berlari-lari mengiring jenazah kawan lama.

Apakah kau sudah terlambat?

Sebenarnya tidak,
Masih belum terlambat
jika kau tahu matlamat,
Masih lagi sempat
jika kau mahu bertaubat.

DudukWhere stories live. Discover now