Era Kejatuhan Kerajaan Hati
Tentera jiwa berbaris
memegang lantera,Di era kejatuhan hati
yang luka dan tercedera,Untuk memenangi ruang diri
dengan api membara,Daripada syaitan dan nafsu
yang menutup setiap ruang udara,Dan demi menuntut hidayah dan iman
agar amalan kembali dara.* * *
Era Kebangkitan Kerajaan Hati
Tentera jiwa berpanji
di bawah satu bendera,Di era kebangkitan hati
setelah puas ia didera,Untuk mempertahankan nasib diri
dan juga saudara,Daripada syaitan dan nafsu
yang melonjak-lonjak bagai kera,Dan demi menjemput hidayah dan iman
yang harum semerbak bak sakura.* * *
Jatuh atau bangkit, tentera jiwa kau harus selalu bersiap sedia.
YOU ARE READING
Duduk
PuisiDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...