Duduk: Apa Boleh Buat

114 15 10
                                    

Ingin menimba ilmu
Minda pula tersumbat,
Cuba melontar cadangan
Idea pula berkarat,

Ingin melebar sayap
Keupayaan pula terhad,
Cuba menjadi ramah
Suara pula tersekat,

Ingin menuntut bela
Diri sendiri pula terikat,
Cuba melamar kekasih
Dia pula tak berminat,

Ingin membahagiakan orang tua
Hidup pula kurang kudrat,
Cuba menggari majikan
Kerja pula tak hebat,

Ingin mencari kawan
Kelakar pula jadi meluat,
Cuba berjalan sendiri
Itu sahaja yang mampu buat,

Apa boleh buat.

DudukTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang