Jika diri terus tersadai
Aku nanti akan terpaku,
Andai diri terurus pandai
Aku pasti akan laku.Jika tolak dalam melalak
Dia nanti dipaling manusia,
Pandai elak dalam berakhlak
Dia pasti dipandang mulia.Jika sempit jalan tersepit
Mereka nanti menghukum neraka,
Akhlak perkenan akal berlainan
Mereka pasti dianggap terbuka,Jika sakit ilmu sedikit
Kita nanti ditebas buta,
Berlainan jejak tapi bijak
Kita pasti dibebas sengketa.Jika bercakap sebarang cakap
Kami nanti ditendang sami,
Bijak hormat malah cermat
Kami pasti dikenang bumi.
YOU ARE READING
Duduk
PoezieDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...