Kau bersama dalam hafalan
Mereka bersama dalam kumpulan
Kau berserah dalam pekikan
Sayangnya irama hajat tak kesampaian,Kau dirisik dendam si fulan
Mereka berbisik dendam di jalan
Kau berserah padam kebencian
Sayangnya licik jerat syaitan,Kau dikumpul dalam kepulan
Mereka berkumpul dalam kenakalan
Kau berserah dalam jeritan
Sayangnya tumpul kudrat insan,Kau dibakar dendam buatan
Mereka membakar dendam selautan
Kau berserah padam kebakaran
Sayangnya pagar erat pautan,Kau dibunuh dalam pergelutan
Mereka membunuh dalam kejutan
Kau berserah dalam tindanan
Sayangnya tubuh tak kuat bertahan,Kau punya tajam ingatan
Mereka punya tajam hasutan
Kau berserah pada Tuhan
Sayangnya Tuhan pada kalian.
![](https://img.wattpad.com/cover/72497404-288-k878295.jpg)
YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...