Semekar bunga Seroja,
Sesegar tumbuhnya manja,
Seindah bunga Teratai,
Di wadah terapung santai.Seharum bunga Mawar,
Menguntum aroma penawar,
Semerah bunga Raya,
Mengarah lirikan budaya.Seputih bunga Melati,
Menjernih kolam hati,
Selentik bunga Kenanga,
Menjentik akal ternganga.Sesuci bunga Melur,
Menyuci tangan menghulur,
Secerah bunga Matahari,
Menyerah cahaya mentari.Semeriah bunga Tulip,
Seghairah mata berkelip,
Sesubur bunga Kemboja,
Di kubur pun tetap meraja.Biar ribuan bunga kuketemu,
Biar ribuan perasaan berlawan,
Takkan sama dengan kehadiranmu,
Takkan sama dengan aura menawan.
YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...