Senang-senang nanti datang,
Lepak-lepak minum petang,
Sembang-sembang kongsi cerita,
Macam selalu.Senang-senang nanti datang,
Lepak-lepak tengok wayang,
Makan-makan tukar berita,
Macam dulu.Susah-susah sahaja datang,
Lepak minum telefon tak lengang,
Sembang kencang isi buta,
Macam semalam.Susah-susah sahaja datang,
Lepak wayang berdengkur sorang-sorang,
Makan asyik suruh belanja,
Macam haram.Tapi apa ada hal, kawan-kawan.
Senang susah, sama-sama sawan.
YOU ARE READING
Duduk
PuisiDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...