Semalam aku di atas perahu sepi,
Mendayung dengan pendayung sakti,
Arah tuju pula masih tak pasti,
Melayan kerenah ombak yang tiada henti.Mereka sudah di atas bot laju,
Memacu bersahaja tanpa segan silu,
Arah tujunya ke pulau baru,
Melayan hembusan padu sang bayu.Ada juga sudah di atas kapal besar,
Dikemudi oleh si anak kapal pintar,
Arah tujunya ke pelabuhan mekar,
Berteman timbunan dagangan segar.. . . . .
Hari ini aku masih di atas perahu ini,
Mendayung hanya seorang diri,
Mengintai arah tuju di langit tinggi,
Melayan deruan ombak bernyanyi.Mereka sudah di atas bot laju,
Memacu ke mana sahaja mereka mahu,
Melambai dan tersenyum sambil lalu,
Melayan nikmat bekalan hasil memburu.Ada juga sudah di atas kapal besar,
Dikemudi tanpa sebarang gusar,
Mengabaikan perahu kecil tersasar,
Berteman cerita ceria yang tular.. . . . .
Lalu aku terpandang seorang sahabat,
Di atas rakit dia merempat,
Cuba mudik ke pulau selamat,
Namun sayang dihanyut arus kuat.Lalu aku sedaya-upaya mendekat,
Di atas rakit menghulur kudrat,
Cuba pelawa ke perahu keramat
Namun sayang perahu tak muat.Lalu aku mencari cara tercermat,
Di atas rakit dia beristirahat,
Cuba melawan sakit tenat,
Namun sayang aku hanya mampu lihat.

YOU ARE READING
Duduk
شِعرDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...