Kadang-kadang apabila hujan
aku termenung di tepi tingkap
melihat titisan air yang jatuh
satu demi satu ibarat formasi.Kadang-kadang apabila hujan
aku terdiam di tepi tingkap
menghidu aroma air yang jauh
dari langit ia mula beraksi.Kadang-kadang apabila hujan
aku terkhayal di tepi tingkap
mendengar alunan air yang penuh
dengan nada dan irama sensasi.Kadang-kadang apabila hujan
aku terkaku di tepi tingkap
memikirkan lebatnya air yang tumbuh
bak air mata mengalir penuh emosi.Kadang-kadang apabila hujan
semua itu hilang sekelip mataapabila sang guruh
menggemuruhkan jiwa,
apabila sang kilat
menggamatkan suasana,
apabila sang taufan kecil
memencilkan suara.Dan aku tak lagi berada di tepi tingkap.
YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...