Zahir hadir,
Lahirnya manusia itu dalam tangisan,
Tanda kewujudan sebuah lagi lukisan,
Awalnya bersih tanpa sebarang kesan,
Lalu dikurnia jalan berbentuk landasan,Naskhah barakah,
Aksara yang tersusun dalam satu gagasan,
Tersedia difahami bagi yang tiada bosan,
Bukan masanya tangan bermalas-malasan,
Bukan juga masanya minda berkias-kiasan,Seludup hidup,
Hadaplah dunia ini bersama jutaan kurnia,
Janganlah dilupa diri pada serumpun setia,
Reduplah tertutup oleh segerombolan askar noda,
Seluduplah hidup di celahannya agar reda.Sengat semangat,
Jasad ini hanyalah sekadar jasad insan,
Terlahir bukanlah daripada golongan atasan,
Berlegar membawa hanya segugus wawasan,
Mendengar pesan dari lisan ke lisan,Radar redha,
Agar tiada tersasar ditinggalkan pesan,
Kubur semalam biarkan saja ia bernisan,
Jangan gali semula demi mencari alasan,
Kelak pekung terbuka tiada pula yang ehsan.
YOU ARE READING
Duduk
PoesiaDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...