Sampai masa posisi kau bertukar,
Mungkin jauh di hadapan,
Mungkin selangkah ke belakang.Sampai waktu tempat kau beralih,
Mungkin lagi selesa,
Mungkin agak kekok.Sampai detiknya nasib kau berubah
Mungkin akan maju,
Mungkin setapak mundur.Sampai saatnya nyawa kau berganti,
Mungkin lahir jiwa yang lebih suci,
Mungkin lahir jiwa yang sedikit pudar.Yang pastinya, jejak kau akan berganti.
YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...