Diam-diam pendam cinta,
Korban masa, hilang kekasih keramat,
Merananya terbawa-bawa sampai mati.
Jadi, jangan diam sahaja!
Cakap! Cakap!Diam-diam idam cita-cita,
Korban waktu, hilang penat dan keringat,
Ceritanya berapi-api memang puas hati.
Jadi, jangan cakap sahaja!
Buat! Buat!Diam-diam hadam usaha,
Korban harta, hilang tenaga dan semangat,
Rintangannya membingungkan tiada henti.
Jadi, jangan buat sahaja!
Fikir! Fikir!Diam-diam menunggu masa,
Lama-lama masa pergi,
Diam-diam menyimpan idea,
Lama-lama idea kau basi.
Jadi, jangan tunggu lagi!
Jalan! Jalan!
YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...