Muka sudah disepak,
Kaki keramat pula tersépak batu,
Sayap sudah dikepak,
Baki semangat pula terképak layu.Biarpun sang kekasih kau bela,
Tiba masa dia senang nasib kau tiada yang béla,
Biarpun berkali-kali kasih kau sémak,
Tiba masa dia buang hadir kau hanya dianggap semak.Kalaupun kau miliki sebutir pérak,
Tiba saat kau tercengang orang tetap gelar kau perak,
Kalaupun warna kau sama pérang,
Tiba saat kau terbilang orang tetap buat bahan perang.Kau disepak atau tersépak,
Teruskan berjalan.
Kau mengepak atau terképak,
Teruskan terbang.
Kau bela atau tiada dibéla,
Teruskan jaga.
Kau sémak atau dianggap menyemak,
Teruskan berdiri tegak.
Kau sebutir pérak atau dianggap perak,
Teruskan di puncak.
Kau berwarna pérang atau diperang,
Teruskan rentak genderang.Dan apabila kau sudah terlalu jauh,
Bersedialah untuk jatuh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...