Budi oh budi,
Datanglah ke mari membawa sakti
Aku sedang terlantar sepi
Sempurnakanlah jasadku yang basi
Yang tersadai menanti disemadi,Jasa oh jasa,
Datanglah kau mara membawa berita
Aku sedang dilontar tawa
Sembunyikanlah jiwaku yang lara
Yang tersidai dilanda dosa,Diri oh diri,
Bangkitlah kau berdiri lalu berlari
Aku sedang dicabar iri
Kejutkanlah tanganku yang mati
Yang terkulai layu tergari,Darjat oh darjat,
Bangunlah kau merawat luka melarat
Aku sedang ditebar ralat
Kecutkanlah nanahku yang berkulat
Yang terabai dirayu ulat,Wahai engkau,
Sanggupkah ke sini membawa gurau
Aku sedang terketar mengigau
Sedarkanlah mindaku yang sasau
Yang melambai seakan dipukau,Wahai kamu,
Mahukah ke sini membawa temu
Aku sedang dikitar buntu
Sebarkanlah perihalku yang jemu
Yang mulai rindukan bertamu.
YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...