Ia membesar secara biasa,
Kawan-kawan selalu ada bersama,
Sehingga sampai suatu masa,
Ia berpindah meninggalkan desa.Kenalan lama dilupa semua,
Tanpa berita dan tanpa akhir kata,
Kerana ia masih terpinga-pinga,
Destinasi baru itu entah bagaimana.Ia membesar di tempat baru,
Kawan-kawan muncul di kiri kanan bahu,
Sehingga sampai suatu waktu,
Ia menikus meninggalkan situ.Kenalan baru disapa semua,
Tanpa kata atau dengan ucapan mesra,
Kerana ia masih tertanya-tanya,
Destinasi baru itu apakah masih sama.Ia semakin keliru,
Ia semakin dewasa,
Akhirnya ia menjadi seorang dewasa yang keliru,Keliru
Antara telus dan lurus,
Antara betul dan bendul,
Antara baik dan lembik,
Antara tegas dan keras,
Antara berdiri dan sendiri,
Antara setia dan beriya-iya,
Antara teguh dan bodoh,
Antara tempuh dan gopoh,
Antara rebut dan kelam-kabut,
Antara sayang dan mengejar bayang.Tak ubah seperti sifat-sifat anjing.
Dan sifat-sifat ini menjadikan ia sebagai anjing kehidupan.
YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...