Ketika diri berdiri gah,
Di khalayak ramai ia bermegah,
Dikala tiada ia sedari,
Sedikit mendekat banyak yang lari.Ia sering digelar Sang Besi,
Mungkin kerana keras sisinya,
Atau mungkin kerana keras jatinya,
Mungkin juga kerana keras hatinya.Di usia muda memang ia selesa,
Ke sana ke mari memang bergaya,
Tunggulah hilang selesa itu,
Ke sana ke mari ia mati kutu.Sang Besi tak lagi seperti dulu,
Sisinya semakin lebur,
Jatinya semakin kabur,
Hatinya semakin hancur.Makhluk seiringnya semakin maju,
Ada si pendamping,
Ada sang peneraju,
Si mangkuk Sang Besi semakin cemburu,
Tiada sang peneman,
Tiada si pewaris baru.Si impian dulu ditebas masa,
Si ahli keluarga dibebas sengketa,
Si helaian bernilai ditetas hutang,
Si pujaan hati dikebas orang,Apa lagi yang tinggal pada Sang Besi,
Apa lagi Sang Besi mula sangsi,
Semak fikirannya susah hatinya,
Semak semula jalan hidupnya,
Yang tinggal itu hanyalah agama.Dipelihara agama dijaga nilainya,
Diringankan hal negeri di sini,
Ditekankan hal negeri di sana,
Semoga Sang Besi menjadi besi berani,
Semoga yang di sekeliling mudah mendekati.
YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...