Simpang ini sepertinya simpang dahulu,
Biru langitnya dilindung mendung selalu,
Hendak melangkah takut-takut berulang rasa pilu,
Kalau tersalah langkah silap-silap tertusuk duri sembilu,Simpang ini sepertinya simpang yang lepas,
Jejak jalannya kabur dilitupi hampas,
Hendak melangkah takut-takut berulang peluang dirampas,
Kalau tersalah langkah silap-silap boleh sesak nafas,Simpang ini sepertinya simpang semalam,
Kiri dan kanan pandangannya sungguh kelam,
Hendak melangkah takut-takut berulang perit silam,
Kalau salah langkah silap-silap ada mulut membaham,Simpang ini sepertinya simpang yang tadi,
Di hujung jalannya meruncing sehalus lidi,
Hendak melangkah takut-takut berulang terkena badi,
Kalau salah langkah silap-silap terjatuh di lubuk tahi,Simpang ini sepertinya simpang banyak cabang,
Di setiap cabangnya terhidang ratusan lubang,
Hendak melangkah takut-takut berulang jasad tumbang,
Kalau salah langkah silap-silap terpelanting kena tendang,Simpang ini sudah semestinya simpang dua hala,
Kiri dan kanan sudah tiada jalan di hujungnya,
Hendak melangkah pun sudah tiada guna,
Kalau sudah tersalah langkah siap-siap berpatah baliklah jawabnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/72497404-288-k878295.jpg)
YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...