Masakan besar hati teringin tahu,
Andainya kecil bekas tadahan jiwa,
Masakan banyak nafsu berangin mahu,
Andainya sedikit kudrat tahan dibawa.Masakan tenang dada tanpa resah,
Andainya kusut minda tebal dek bebal,
Masakan tajam akal serupa diasah,
Andainya tumpul anggota amal ditinggal.Masakan lancar lidah mengolah risalah,
Andainya telinga sekadar menadah berita,
Masakan mahir tangan membelah masalah,
Andainya mata sekadar menyudah cerita.Masakan kaki menjejak puncak teratas,
Andainya wajah menghadap gaung terdalam,
Masakan impian melonjak rancak menetas,
Andainya usaha meratap raung semalam.Masakan buah disembur ranum subur,
Andainya tiada ditanam berbekal belas,
Masakan budi ditabur sebelum dikubur,
Andainya tiada faham perihal ikhlas.
YOU ARE READING
Duduk
PoesieDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...