Ada tak,
hari yang kau rasa paling celaka?
Hari itu,
Dia nak kau belajar rawat luka.Ada tak,
hari yang kau rasa paling tak masuk akal?
Hari itu,
Dia nak kau betulkan semula akal.Ada tak,
hari yang kau rasa paling serabut?
Hari itu,
Dia nak nama Dia kau selalu sebut.Hakikat cinta-Nya,
Adakalanya agak sukar dirasa,
Hakikat rindu-Nya,
Hanya yang pernah memburu yang tahu.Nikmati setiap kecelakaan,
Dengan penuh kecekalan,
Mudah-mudahan hari-hari celaka,
Menjadi penghalang jalan ke neraka.Selamat Hari Celaka.
YOU ARE READING
Duduk
ŞiirDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...