Orang dalam borang
Isi dalam sisi,
Orang isi borang
Dia ikut isi,
Erang dalam perang
Iri dalam diri,
Orang pergi perang
Dia lari sendiri,Usia dalam manusia
Angkat dalam pangkat,
Manusia risaukan usia
Dia risaukan pangkat,
Hala dalam pahala
Nama dalam purnama,
Manusia kira pahala
Dia kira nama,Sihat dalam nasihat
Ingin dalam dingin,
Orang sudah nasihat
Dia masih ingin,
Arang dalam larang
Angin dalam senangin,
Orang sudah larang
Dia naik angin,Ubah dalam jubah
Akan dalam sakan,
Manusia sibuk berubah
Dia berhibur sakan,
Hati dalam perhati
Angkut dalam sangkut,
Manusia simpati perhati
Dia tersangkut-sangkut,Orang cuba menyuci
Dia leka mengunci,
Manusia usaha mencuci
Dia setia mencaci.
YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...