Mereka kata takkan lari gunung dikejar,
Hakikatnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.Mereka kata patah tumbuh hilang berganti,
Hakikatnya yang patah itu hati, yang hilang itu kasih.Mereka kata tepuk dada tanyalah selera,
Hakikatnya tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.Mereka kata yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
Hakikatnya yang carik itu hati, yang parah itu jiwa.Mereka kata orang berbudi, kita berbahasa,
Hakikatnya nasihat akan terus mereka beri, tapi peritnya hanya kita yang rasa.Tak apalah, di sini hanya sementara.
Terima kasih kepada Dia kerana mengutus mereka untuk memujuk kita.
Terima kasih kepada mereka. Kerana mereka, kita masih berdiri di sini dengan izin Dia.
YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...