Jalan-jalan tar yang diturap,
Berlapis-lapis menutup lubang menjerat,
Tangan-tangan yang berkurap,
Tak habis-habis seludup wang rakyat.Bertali-tali papan tanda diikat,
Tanah-tanah usang bersemak terbiar,
Berkali-kali perasmian dibuat,
Tak pernah-pernah nak semak ikhtiar.Beralun-alun suara bayu menjerit,
Berturut-turut hari langit menangis,
Bertahun-tahun mengurus parit,
Tak surut-surut banjir walaupun hanya gerimis.Paip-paip air yang tersumbat,
Karat-karat besi dibuat air putih,
Menaip-naip notis bayaran lambat,
Tak dapat-dapat merasa air bersih.Dipusing-pusing lampu kalimantang,
Diketuk-ketuk televisyen yang kembung,
Piring-piring satelit sudah dipasang,
Tak masuk-masuk elektrik dalam kampung.Bersiap-siap turun meredah air,
Belia-belia bertungkus-lumus mengerah tenaga,
Tiap-tiap tahun sudah tahu akan banjir,
Tak sedia-sedia cara efisyen urus mangsanya.Tersengguk-sengguk mendengar iklan,
Berangkai-rangkai berita diterima,
Sibuk-sibuk sebar perihal sampingan,
Tak selesai-selesai juga isu utama.
![](https://img.wattpad.com/cover/72497404-288-k878295.jpg)
YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...