Benang-benang akhir diintai,
Jangan diangka pada kebaya,
Tenang-tenang air di sungai,
Jangan disangka tiada buaya.Andai ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Andai mereka berlumur di londang,
Toleh tuan hamba menyimpang badi.Tanam tebu di pinggir bibir,
Habis madu sepah dibuang,
Hadam debu di pinggir tabir,
Habis hidu akal melayang.Mereka berperahu ke jeti,
Lalu berenang ke tepian,
Kamu beritahu pada hati,
Perlu bertenang dan teruskan.Cawan itu banyak sifatnya,
Ada yang seramik ada yang plastik,
Perhatilah takungannya supaya kau tak tersalah teguk,
Kawan itu banyak sifatnya,
Ada yang baik ada yang plastik,
Perhatilah pergaulannya supaya kau tak tersalah duduk.

ANDA SEDANG MEMBACA
Duduk
PuisiDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...