Sudah sekali buli kita lali
Inikan pula sekolah kalah,
Kita ini sudah lali
Hadap sahaja perli buli,Sudah segalah kalah kita alah
Inikan pula selidi badi,
Kita ini sudah alah
Hadap sahaja menang kalah,Sudah sebaldi badi kita mandi
Inikan pula secawan sawan,
Kita ini sudah mandi
Hadap sahaja celaka badi,Sudah sekawan sawan kita lawan
Inikan pula seorang berang,
Kita ini sudah lawan
Hadap sahaja gila sawan,Sudah sebarang berang kita perang
Inikan pula sebiasa kuasa,
Kita ini sudah perang
Hadap sahaja amuk berang,Sudah seangkasa kuasa kita rasa
Inikan pula senegeri iri,
Kita ini sudah rasa
Patuh sahaja kuasa Yang Maha Kuasa,Kerana kita ini hanya ciptaan,
Mana mungkin bersifat tuhan.
YOU ARE READING
Duduk
PoesíaDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...