Agaknya kaki ini nak kena maki,
Hanya membiarkan manusia sekeliling terus melangkah ligat,
Sedangkan aku masih berdiri tercegat.Agaknya akal ini nak kena tunjal,
Hanya memikirkan manusia sekeliling yang bebas berfikir,
Sedangkan aku masih bingung dan terpinggir.Agaknya mata ini dah nak buta,
Gagal melihat manusia sekeliling yang baik budinya,
Bahkan aku masih mencari kawan yang sempurna.Agaknya jiwa ini dah nak binasa,
Gagal menerima manusia sekeliling yang manis cintanya,
Bahkan aku masih menanti si dia yang sudah di sana.Agaknya hati ini dah mati,
Sebab jasad dah penat mengusung jenazah hati,
Ke hulu ke hilir menunggu waktu disemadi.Agaknyalah.

YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...