Duduk: Sekejap (4)

141 21 0
                                    

H: "Hey, datanglah sekejap."

A: "Sorry?"

H: "Sekejap je."

A: "Tapi kenapa?"

H: "Aku perlukan bantuan kau."

A: "Masalah ni kau yang mulakan dulu. Jadi, kau yang perlu selesaikan."

H: "Aku dah patah, mungkin dah tak sekuat dulu lagi."

A: "Baik. Memandangkan kita berkongsi jasad, aku akan tolong kau."

H: "Terima kasih banyak-banyak. Semoga engkau bertambah bernas."

Kata Hati kepada Akal sambil membawa jasad tuan mereka turun daripada tebing tertinggi bangunan itu.

p/s: Kepada kalian di luar sana, semoga Akal kalian akan lebih bernas untuk membantu Hati. Tenang-tenang dulu. Kerana hidup ini hanya sementara, umpama di ruang menunggu sebelum dipanggil untuk ditemuduga di bilik kematian.

Oleh itu, jangan terburu-buru mengetuk pintu kematian kerana kalian pasti direject. Biar kita direject di sini, tapi bukan di sana. Kerana reject di sana adalah reject untuk selamanya.

DudukTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang