Sampai tetap sampai
Saatnya tetap akan sampai,
Soalnya hanya latar dan tempoh
Soalnya engkau sabar atau gopoh,Tiba pasti tiba
Saatnya pasti akan tiba,
Soalnya hanya tempat dan masa
Soalnya engkau taat atau putus asa,Hadir nanti hadir
Saatnya nanti akan hadir,
Soalnya hanya bentuk dan detik
Soalnya engkau tunduk atau dabik,Datang mesti datang
Saatnya mesti akan datang,
Soalnya hanya jarak dan fasa
Soalnya engkau pekak atau buta,Ada memang ada
Saatnya memang akan ada,
Soalnya hanya manis dan pahit
Soalnya engkau menangis atau bangkit,Tanya jangan ditanya
Saatnya jangan sesekali ditanya,
Kerana ia ada sempurna pada waktunya
Kerana ia ada sempurna dalam sifatnya.
YOU ARE READING
Duduk
PoetryDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...