Kau fikir kau pemikir terbilang,
Hanya kerana berfikir secara matang,
Tapi tak sedar yang
minda kau kosong, fikiran kau melayang.Kau rasa kau penulis gah,
Hanya kerana menulis beribu patah,
Tapi tak sedar yang
dakwat kau kering, pena kau patah.Kau sangka kau pemidato terpilih,
Hanya kerana bertutur dengan fasih,
Tapi tak sedar yang
perkataan kau kotor, pendengar kau menyisih.Kau anggap kau pendengar hebat,
Hanya kerana mendengar suara-suara debat,
Tapi tak sedar yang
telinga kau tersumbat, mesej tak tepat.Paling sadis apabila..
...kau anggap kau manusia suci,
Hanya kerana menghitung jasa dan bakti,
Tapi tak sedar yang
hati kau berdaki, amalan kau basi.Janganlah begitu.
![](https://img.wattpad.com/cover/72497404-288-k878295.jpg)
YOU ARE READING
Duduk
PoésieDuduk membawa makna merehatkan diri buat seketika sambil memberi peluang kepada diri untuk menentukan langkah seterusnya. Duduk bukanlah untuk merehatkan diri dalam tempoh terlalu lama kerana keupayaan manusia itu sendiri ada batasnya. Duduk yan...