BAB 2

345 37 3
                                    

'Minggu ni minggu kedua. Aku?!'

"Hmm. Yelah yelah, aku akan beritahu Mrs. Lee," kata Kogyeol dengan muka endah tidak endahnya. Dilepaskan buku catatan yang dipegang tadi kepada Sowon. Sebelum dia beredar, dia sempat berkata dengan nada yang rendah, "Terima kasih sebab tidak pentingkan diri sendiri." Lalu dia beredar ke tempat duduknya semula. Kogyeol memandang Sowon dengan pandangan yang tajam.

-----------------------------------------------------

Mrs. Lee dalam perjalanan menuju ke kelas mereka sambil menjinjit beberapa buah buku yang salah satunya adalah rekod kehadiran.

Apabila Mrs. Lee melangkah masuk ke kelas, para pelajar kembali ke tempat masing-masing. Kogyeol selaku ketua kelas sudah meminta supaya anak-anak buahnya berdiri.

"Selamat pagi Mrs. Lee," ucapannya diikuti oleh para pelajar lalu Mrs. Lee menyuruh semua pelajar duduk. Wanita itu meminta pelajarnya untuk membuka buku sementara kehadiran sedang diambil.

"Monitor, who's absent today?"

Pertanyaan guru itu tidak mendapat sebarang respon mahupun jawapan.

"Monitor, who is absent today?"

Masih tiada jawapan.

Sowon mula berasa hairan mengapa pertanyaan guru itu tidak terjawab. Dia memandang ke tempat duduk Kogyeol. Ternyata lelaki itu tiada di situ. Sowon mengeluh. Nampaknya dia yang perlu memberitahu Mrs. Lee. Dia memandang ke sekeliling kelas untuk memastikan semua anak buahnya ada. Dan akhirnya semua mencukupi.

"Miss, no one is absent today." Sowon duduk kembali selepas memberitahu kehadiran. "Ohh okay. Sojung, mana Kogyeol?" Tanya guru itu, baru saja menyedari bahawa ketua kelas tiada ketika itu. Sowon hanya menjongketkan bahu dan menjuihkan bibirnya ke depan. 'Ke manalah dia pergi? Nak kata dia pergi ke tandas tidak nampak pula dia meminta izin dengan Miss.' Kata hati Sowon.

Sememangnya Sowon sentiasa mengawasi ke mana pelajar kelasnya pergi tetapi mengenai ketuanya sendiri, sedikit berbeza. Dia lebih banyak mengawasi Kogyeol dari pelajar lain. Ya, memang dia menyimpan perasaan terhadap Kogyeol tetapi dia tidak berani meluahkannya. Dia cuma dari keluarga yang sederhana berbanding Kogyeol yang lahir dari keluarga berada.

Memikirkan itu, sangat mustahil bagi pelajar lain bahawa perasaan hati Sowon terhadap Kogyeol adalah benar. Mereka sentiasa bergaduh setiap hari. Di hadapan guru mereka berkelakuan baik tetapi di belakang guru sebaliknya pula. Maka hanya pelajar yang tahu.

"Sojung, tolong hantarkan buku rekod ni ke pejabat, boleh?" Minta Mrs. Lee setelah penat mencatat kehadiran di dalam buku tersebut. Sowon terus mencapai buku itu dan melangkah keluar dari kelas.

"Ke mana dia tu pergi?" Tanya Sowon sambil memandang ke sekeliling kawasan sekolah. Lalu dia menangkap susuk tubuh yang sangat dikenalinya di hadapan tandas pelajar lelaki. Ianya Kogyeol. Kebetulan Sowon sudah berada di hadapan pintu pejabat sekolah, lalu dia terus masuk dan menyimpan buku rekod di tempat yang tersedia. Dengan pantasnya dia memakai kasut semula lalu mengejar langkah Kogyeol yang kebetulan mahu ke kelas.

Kogyeol yang sedang berjalan dengan santai itu tidak menyedari bahawa Sowon mengejarnya di belakang. Sehingga dia terdengar namanya dipanggil.

"Yah! KOGYEOL-AH!" Sowon menjerit namanya. Kogyeol memalingkan mukanya ke belakang untuk melihat siapakah yang memanggilnya,  ternyata ianya penolongnya sendiri. 'Aigoo~ kenapa aku pandai sangat pergi keluar kelas. Tengok dia dah dapat tangkap aku.' Kogyeol menepuk dahinya sendiri lalu terus memecut ke kelasnya.

Sowon yang ketika itu sedang berang mula mengejar dengan lebih laju. Apabila sudah hampir tiba dengan kelasnya, dia memperlahankan langkahnya dan jalan seperti biasa. Apabila masuk ke kelas sempat dia menjeling Kogyeol yang memandangnya dengan tajam.

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now