Hari kedua cuti perayaan Chuseok sudah pun bermula. Kogyeol siap mengemas barang-barangnya serta meletakkannya di ruang tamu. Ahli yang lain kecuali Sunyoul dan Wei telah pulang ke kampung halaman masing-masing. Memandangkan rumah Wooshin dan Hwanhee berhampiran, maka mereka membuat keputusan untuk pulang bersama ke Daejeon.
Kampung Kuhn di Ansan manakala kampung Kogyeol iaitu di Bucheon. Kampung mereka berdekatan tetapi Kuhn terpaksa pulang dahulu. Wei pula rumahnya tidak terlalu jauh dari asrama yang sedang dia bermukim sekarang. Jadi tidak menjadi masalah jika dia pulang lambat sedikit daripada ahli yang lain. Biasanya dia ditugaskan menjadi orang terakhir yang menjaga keadaan asrama kumpulan mereka.
Sunyoul pula sepatutnya dia sudah pulang tetapi malangnya, tiada sesiapa di rumahnya kerana omma dan appanya berada di luar negara. Maka, dia perlu tinggal di situ selama beberapa hari lagi. Baginya tiada masalah kerana Wei tidak akan pulang ke kampungnya selagi semua ahli tidak pulang ke rumah mereka.
Kogyeol mengambil beg duitnya dan menyimpannya ke dalam poket. Dia akan mula membantu Sowon mulai hari ini dan mungkin mengambil masa selama satu atau dua hari untuk menyelesaikan masalahnya. Sunyoul yang melihat Kogyeol sudah membawa beg galasnya keluar rumah segera menghampiri rakan baiknya itu. "Kau nak pergi sekarang?" Kogyeol mengangguk.
"Aku perlu cepat. Sebab aku rasa dia dah tunggu aku. Aku pergi dulu, nanti bagitahu Wei yang belum bangun tu." Sempat dia mengintai ke dalam asrama, Wei masih tidur di atas sofa yang biasanya menjadi tempat tidur khas untuk Wooshin seorang. Sunyoul tergelak kecil. "Nae. Semoga misi kau berjaya kali ni." Kogyeol tersenyum lalu meninggalkan asrama itu. Destinasinya kini ke Stesen Yongsan untuk ke Bucheon tetapi dia perlu memastikan yang Sowon berada di sana dahulu.
---------------------------------------------------------
Apabila tiba di Stesen Yongsan, Kogyeol segera mencari Sowon. Nasib menyebelahinya, Sowon sedang duduk di sebuah bangku sambil bermain dengan telefon pintarnya. Lalu Kogyeol menghampirinya. Ketika dia berjalan, dia hanya memandang Sowon. Penampilannya sudah berubah dan amat berbeza dengan zaman mereka di sekolah tinggi. Kogyeol kagum dengan Sowon kerana boleh bertahan di luar negara walaupun appanya meninggalkannya begitu sahaja.
"Annyeong, Sowon-ssi. Mianhae kalau saya lambat sikit. Saya lambatkah?" Soal Kogyeol. Sowon mengangguk lalu menyilangkan tangannya. Kogyeol mengeluh. "Sebagai denda, awak pergi belikan tiket di sana untuk dua orang." Katanya dengan tegas sambil menunjuk ke arah kaunter pembelian tiket. Kogyeol mengeluh lagi lalu meletakkan begnya di situ. "Yalah, yalah. Awak dah makan atau belum?"
"Saya nak pergi beli sekarang. Muka awak pun macam orang kelaparan saja jadi saya belikan untuk awak sekali." Walaupun Sowon tegas tetapi dia masih melayan orang lain dengan baik. "Wahh, gomawo Sowon-ah. Saya pergi dulu,ya?" Mereka berdua berpisah sebentar untuk menjalankan tugas masing-masing. Nasib baik tidak ramai orang awam yang beratur di kaunter. Biasanya pada hari cuti, kaunter akan penuh. Mungkin kerana pagi masih awal, fikirnya.
Setelah selesai kedua-duanya membeli apa yang sepatutnya, mereka berjumpa semula di bangku tadi. "Tiada apa dah,bukan? Kalau begitu, kajja. Kereta api akan sampai dalam sepuluh minit lagi." Kogyeol dan Sowon turun ke tingkat bawah di mana platform kereta api berada. Destinasi mereka kali ini adalah ke Bucheon untuk mencari appa Sowon yang sudah lama menghilangkan diri.
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fanfiction[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19