BAB 10

189 23 1
                                    

Cheng Xiao hanya memandang Kogyeol membawa Sowon keluar dari bar. Hatinya amat sakit. Ternyata rancangannya gagal untuk kali ini. Dia mula membuka langkah untuk mengejar tetapi kemudian tangannya seperti ditahan oleh seseorang. Cheng Xiao memandang ke belakang lalu matanya terbuntang.

"Sun- Sunyoul-ah..."

Sunyoul memandangnya tajam. Digenggamnya tangan Cheng Xiao dengan kuat. "Saya bagi amaran. Jangan awak nak kejar Kogyeol lagi. Awak tak sedar ke apa yang awak dah buat pada dia?" Tanya Sunyoul dengan nada tegas. Cheng Xiao menarik tangannya agar dilepaskan oleh Sunyoul.

"Nae, saya sedar apa yang saya buat pada dia. Sebab itulah saya mahu tuntut semula tindakan saya supaya dia kembali pada saya. Salah jika saya buat begitu?" Sunyoul ketawa kecil mendengar kata-kata Cheng Xiao sambil melepaskan pergelangan tangannya.

"Memang itu tak salah tapi awak fikir Kogyeol boleh terima awak semula? Awak dah rosakkan maruah dia, kemudian awak terus tinggalkan dia tanpa belas kasihan. Saya sebagai chingu dia, saya tahu perasaan dia. Awak tahu tak, dia pantang, sangat-sangat pantang kalau ada orang yang mainkan perasaan dia. Okay, sekarang saya cuma minta awak... JANGAN CUBA NAK KACAU ATAU KEJAR DIA LAGI. Saya balik dulu." Sunyoul terus beredar dari bar itu.

Cheng Xiao merengus geram sambil menghentak kakinya kuat ke lantai. 'Teruk sangatkah aku sampai Sunyoul pun boleh benci aku? Aku tak akan sesekali mengalah. Kogyeol aku punya, tiada siapa boleh ambil dia daripada aku.' Bisik hatinya. Dia mula mencari di mana Xi tetapi Xi sudah pulang terlebih dahulu. Pasti sangat teruk dikerjakan Kogyeol, fikirnya. Tanpa berlengah lagi, Cheng Xiao terus pulang tanpa banyak berfikir.

--------------------------------------------------

Kogyeol memakirkan keretanya di bahu jalan berhadapan dengan Sungai Han. Dia memandang ke tempat duduk penumpang di sebelah kanannya. Sowon masih lagi tidak sedarkan diri. Dia membuka tali pinggang keledar Sowon lalu keluar dari kereta dan meninggalkan Sowon di dalam dengan pintu yang tidak berkunci.

Kogyeol merenung lama sungai itu sambil berfikir sesuatu. Dia teringat kisah pahitnya bersama Cheng Xiao di mana dia dimalukan di hadapan para pelajar.

[[[FLASHBACK ON]]]

Kogyeol tersenyum seorang diri sambil menunggu gilirannya untuk dipanggil.

"Sekarang kami mempersilakan namja chingu kepada Cheng Xiao untuk membuat persembahan bersama-sama. Majlis mempersilakan, Minhyuk!" Kogyeol sangat-sangat terkejut dengan apa yang berlaku di hadapan matanya. Minhyuk, pelajar yang lebih tua daripadanya naik ke pentas dan bermesra dengan yeoja chingunya. Kelihatan Cheng Xiao mencapai mikrofon yang disediakan.

"Saya pasti semua menyangka yang akan menaiki pentas ini adalah Kogyeol. Buat pengetahuan semua, dia tidak pernah menangi hati saya. Dia sentiasa memainkan perasaan saya. Jadi saya fikir, dia bukanlah namja yang sesuai untuk saya. Dan inilah namja chingu saya yang sebenar, Minhyuk." Kata Cheng Xiao. Bagi Kogyeol, kata-katanya jelas menunjukkan bahawa semuanya bohong belaka.

Semua pelajar memandang Kogyeol. Ada yang memandangnya dengan pandangan yang menjengkelkan dan ada yang berbisik sesama sendiri. Kogyeol sudah tidak dapat menahan tangisan. Dia terus keluar dari dewan itu. Cheng Xiao yang sedang melihat Kogyeol hanya tersenyum sinis.

Kogyeol menuju ke padang sekolah. Disitulah dia melepaskan segala amarah dan perasaannya. Segala kasih sayang yang diberikan kepada Cheng Xiao selama ini hanya sia-sia.

"Sampai hati awak buat begini pada saya. Apa yang saya bagi pada awak selama ini awak tak hargai. Sejak bila awak bersama dengan Minhyuk hyung? Awak tipu saya selama ini. A- AKU BENCI KAU, CHENG XIAO!!!" Dia melepaskan segalanya di tengah-tengah padang itu.

[[[FLASHBACK OFF]]]

Kogyeol mengeluh lemah. Cukuplah dengan apa yang dilaluinya selama ini.

"Sejuknya. Kenapa kita berada di sini?"

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now