BAB 7

160 21 0
                                    

Xi menuju ke kelas Sowon sementara waktu rehat masih berbaki. Dia ingin mengajak Sowon keluar pada malam esok. Tetapi itu bukan niat sebenarnya. Hatinya sudah mula ada bintik hitam, maka datanglah idea kezaliman daripada benak fikirannya.

"Eh, Xi. Buat apa di sini? Mahu mencari siapa? Cari Sowon ya?" Tanya Yuju yang kebetulan menunggu kehadiran Sowon di luar kelas. "Nae. Mana dia?" Balas Xi lalu diajukan soalan ke mananya Sowon. Teringin benar dia berjumpa dengan Sowon supaya rancangannya berjalan dengan lancar.

Kebetulan Sowon baru tiba di kelasnya. "Sowon-ah. Kau pergi mana?" Tanya Yuju sambil membuat muka hairannya. "Aku pergi tandas. Waeyo?" Lega Yuju mendengar kata-kata Sowon. Sowon memang suka pergi ke mana-mana tanpa memberitahunya. "Ni Xi nak jumpa. Aku masuk kelas dulu." Yuju terus beredar masuk ke kelas.

"Ya, Xi. Ada apa nak jumpa saya?" Sowon mula menghadap Xi. "Awak sibuk tak malam esok?" Tanya Xi. Dia pasti bahawa Sowon mungkin akan menolaknya tetapi tidak salah mencuba. "Malam esok... saya rasa mungkin tak sebab esok cuti kan? Kenapa awak tanya?" Tanya Sowon lagi. "Kalau boleh saya nak ajak awak pergi minum di bar yang popular tu. Nak ikut saya tak?" Pelawa Xi dengan harapan Sowon akan sudi mengikutnya.

"Emm...boleh. Saya ikut awak pergi sana." Sowon tersenyum. Xi menghela nafas lega. "Gomawo, Sowon-ah." Ucapnya. "Cheonmaneyo. Kalau tak ada apa-apa lagi... saya nak masuk kelas dulu." "Ohh, mianhae. Saya pun nak masuk kelas. Jumpa awak malam esok." Kata Xi lalu beredar dengan senyuman menghiasi bibirnya.

Sowon hanya memandang Xi beredar di hadapan matanya. Sebenarnya dia takut untuk pergi bersama Xi kerana Xi pernah meluahkan isi hatinya. Oleh itu, Sowon terpaksa bersetuju untuk mengikut Xi ke bar bagi menjaga hatinya. Kallau tidak, mungkin Xi semakin terasa hati setelah tidak cukup dengan Sowon yang telah menolak cintanya.

Sowon hanya menghela nafas lalu masuk ke dalam kelasnya. Tetapi terhalang apabila Kogyeol juga ingin masuk ke dalam kelas. "Kau masuklah dulu." Sowon hanya berdiri di hadapan muka pintu sambil menundukkan wajahnya. "Ladies first." Kogyeol pula memberi ruang untuk Sowon masuk dahulu. Sowon tanpa berlengah terus sahaja melangkah masuk diikuti Kogyeol di belakang. Mereka melakukan hal masing-masing sehinggalah guru matapelajaran mereka masuk.

----------------------------------------------------

Cheng Xiao sedang bersiar-siar seorang diri setelah menghadiri kelas gimnastik di bandar Seoul. Dia masuk ke dalam sebuah kafe untuk membasah tekaknya yang sedang kering. Dia ternampak kelibat Sunyoul sedang bermain telefon pintarnya di sebuah meja kecil. Cheng Xiao terus menuju ke arah Sunyoul untuk bertegur sapa.

"Annyeong, Sunyoul-ah." Tegur Cheng Xiao. Sunyoul mendongakkan kepalanya melihat siapakah tuan kepada suara itu. Ternyata ianya Cheng Xiao. "Oh, annyeong Xiao-ah. Buat apa di sini?" Tanya Sunyoul. "Saya baru sahaja selesai kelas gimnastik. Emm... Kogyeol mana? Bukan dia sentiasa dengan awak?" Tanya Cheng Xiao.

Sunyoul sudah agak bahawa Cheng Xiao akan menanyakan ke manakah Kogyeol. Bukan dia tidak tahu, Cheng Xiao telah memalukan rakan baiknya dengan teruk sewaktu dahulu dan kemudian ingin Kogyeol menjadi miliknya semula. Dia hanya berpura tiada apa yang berlaku di antara mereka.

"Ohh, Kogyeol ada hal sedikit. Jadi saya seorang sahaja yang datang ke sini." Kata Sunyoul dan dibalas dengan anggukan Cheng Xiao. "Boleh saya duduk di sini?" Tanya Cheng Xiao sebaik sahaja ideanya hinggap di mindanya. "Nae. Duduklah." Pelawa Sunyoul. "Gomawo." Chebg Xiao terus duduk berhadapan dengan Sunyoul.

"Awak tak mahu pesan minuman?" Tanya Sunyoul yang hairan melihat Cheng Xiao hanya duduk tanpa membuat apa-apa. "Kwaenchanha." Cheng Xiao hanya menggelengkan kepala. Niatnya yang mahu membasahkan tekak terbantut begitu sahaja.

"Sunyoul. Boleh awak pinjamkan telefon awak kepada saya?"

"Untuk apa?"

"Saya mahu mesej omma saya yang saya balik awal petang ini." Bohong Cheng Xiao. Sunyoul terus memberikan telefonnya kepada Cheng Xiao. Bimbang jika Cheng Xiao pulang lewat ke rumah, dia pula yang akan dipersalahkan. Kelihatan Cheng Xiao menaip sesuatu dengan laju sekali. Tidak lama kemudian, Cheng Xiao memulangkan semula telefon itu. "Gomawo."

"Saya pulang dahulu. Nanti omma saya risau." Cheng Xiao terus berdiri untuk beredar. "Nae." Dia mula menyangka perkara buruk akan berlaku. Tiba-tiba dia mendapa satu mesej daripada Kogyeol yang bertulis 'Okay.'. Dia bertambah pelik. Dia tidak menghantar apa-apa mesej kepada Kogyeol.

Dia membuka bahagian mesej yang dihantar olehnya. Yang paling terbaru adalah mesej kepada Kogyeol tetapi mesej itu bukan dihantar olehnya. Mesej itu bertulis 'Malam esok kau tak sibuk bukan? Jom kita ke bar di bandar?' . Dia pasti Cheng Xiao yang menghantar mesej itu.

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now