Kogyeol terjaga daripada lenanya. Dia melihat Sowon yang masih meletakkan kepalanya di atas bahunya. Lantas mata dialihkan ke arah luar tingkap. Kogyeol tahu tenpat ini, iaitu Ansan di mana rumah Kuhn terletak di sini. Jika dia sudah berada di Ansan, maka perjalanan mereka masih tidak jauh. Kini keretapi itu sedang berhenti di Stesen Ansan.
Tanpa membuang masa, lantas dia mengejutkan Sowon yang masih lena. Dia menepuk pelan bahu Sowon. "Sowon-ssi, ireona. Kita hampir sampai." Sowon terus terjaga daripada tidurnya lalu menggosok matanya. Dia menjenguk ke luar tingkap. "Kita di mana sekarang?" Soalnya. Otaknya tidak dapat mentafsir apa-apa akibat tidur terlalu lama.
"Kita sekarang di Ansan. Stesen seterusnya ialah Stesen Bucheon." Kata Kogyeol kepada Sowon yang masih mamai itu. "Awak berkemaslah dulu, supaya nanti tak terlepas stesen." Kata Kogyeol sebelum dia juga mula mengemas barang-barangnya.
"Kogyeol."
"Nae?"
"Gomawo."
"Wae?"
"Sebab kejutkan saya."
Sowon memberikan senyuman ikhlas di bibirnya. Kogyeol kembali teringatkan kisah silam apabila mendengar perkataan itu. Sowon selalu mengucapkan terima kasih kepadanya. Setiap pertolongan yang diberikan olehnya pasti akan dibalas dengan perkataan itu oleh Sowon.
Sowon memandang Kogyeol hairan kerana pelik melihat Kogyeol yang kaku di situ. "Kogyeol?" Sowon melambaikan-lambaikan tangannya di hadapan wajah Kogyeol lantas membuatkan namja itu sedar. "Ah, mian. Oh, kwenchanha. Mestilah saya kejut. Nanti takkan saya nak tinggal awak seorang diri dalam kereta api ni." Mereka berdua ketawa setelah itu.
------------------------------------------------------
Mereka turun daripada kereta api itu lalu mencari pintu keluar untuk mencari bas. "Awak masih kenal rumah awak di mana?" Soalan yang dilontarkan oleh Kogyeol itu membuatkan Sowon memandangnya dengan pandangan yang menjengkelkan. Walaupun sudah lama dia tidak pulang ke kampung halamannya, sudah tentu Sowon masih ingat di mana rumahnya.
"Sekarang saya nak tanya awak pula, awak masih ingat sekolah kita di mana?"
Kogyeol menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sudah sah dia tidak ingat di mana terletaknya Bucheon Highschool. "Saya tak ingat." Kogyeol tersengih. Sowon mengeluh hampa. "Kajja."
"Nak ke mana?"
"Seperti yang telah kita rancang, sepatutnya kita perlu ke mana?"
"Rumah awak?"
"Habis tu pergi mana lagi? Palli, kajja." Sowon menarik lengan Kogyeol supaya pantas bergerak daripada terus kaku di hadapan pintu keluar itu. Mereka berteduh di sebuah perhentian bas.
Kogyeol memandang Sowon.
Sowon pula memandang Kogyeol.
Mereka berdua bertentang mata antara satu sama lain.
"Sowon-ssi, saya nak tanya awak satu soalan."
"Apa?"
"Selama awak di luar negara, awak tak rindukan saya?"
Sowon terdiam seribu kata. Bagaimana mahu menjawab soalan itu? Mustahil dia tidak rindukan kerana mereka berdua telah berjanji untuk bersama selamanya. Cuma Kogyeol yang ego dan langsung tidak menghubungi Sowon, tambahan pula Sowon menukar nombor telefonnya.
Kedengaran bunyi bas menghampiri perhentian itu. Nasib menyebelahi Sowon untuk dia mengelak daripada soalan itu. "Bas dah tiba. Kajja." Sowon terus menarik beg bagasinya lalu masuk ke dalam bas itu diikuti Kogyeol. Mereka menyentuh kad T-Money mereka di ruang yang telah disediakan. Lalu mereka berdua mencari tempat duduk.
Tempat duduk pasangan yang kosong yang berada di sebelah kiri bas menjadi pilihan mereka. "Sowon, awak belum jawab soalan saya." Kali ini, Kogyeol sengaja mengusik Sowon. "Saya tak mahu jawab soalan tu."
Mereka tidak sedar di belakang mereka ada seseorang yang sebenarnya mereka kenali yang sedang memerhati mereka berdua sedang bergurau senda.
____________________________________
A/N: dlm rancangan, maybe akan siap dalam cuti pertengahan semester nanti. 2 minggu lagi author akan ada exam. So please guys wish me luck for my upcoming exam on 13/3!
(My birthday on 7/3
Saje je promote xD)-Wowous-

ANDA SEDANG MEMBACA
PROMISED (Malay FF)
Fanfiction[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19