Mesej yang dihantar Sunyoul sebentar tadi hinggap di minda Kogyeol. 'Lebih baik kau jangan pergi.' Rupanya bukan Sunyoul yang mengajaknya ke bar tetapi yeoja ini, Cheng Xiao. "Duduklah dulu." Pelawanya. Kogyeol duduk berhadapan dengan Cheng Xiao.
Sebaik sahaja dia melabuhkan duduk di atas kerusi itu, dia ternampak kelibat Sowon dan Xi di belakang Cheng Xiao. Sejak itu, matanya sentiasa tertumpu ke arah Sowon. Dia sentiasa memerhati apa yang dilakukan oleh Sowon dan Xi. Sehingga dia tidak sedar seorang pelayan menghantar beberapa botol soju di mejanya.
"Kamsahamnida." Ucap Cheng Xiao kepada pelayan tersebut sebelum dia berlalu pergi. "Kogyeol-ah, awak tak mahu minum?" Tanya Cheng Xiao. Kogyeol memandang mejanya, kelihatan dua biji gelas kecil dan beberapa botol soju di situ. Kogyeol mengeluh. "Aku ada minta kau buat pesanankah? Aku tak mahu minum." Kogyeol menjeling Cheng Xiao.
"Marilah minum bersama saya. Penat saja saya buat pesanan." Kata Cheng Xiao lagi. "Kau yang buat pesanan, jadi kaulah yang perlu minum. Kau tahu tak kau dah membazir? Sekarang ni aku nak jumpa Sunyoul. Mana dia?" Kogyeol berkata dengan nada suara yang sedikit tinggi. Kali ini, Cheng Xiao menggunakan caranya memandangkan Kogyeol tetap berkeras.
Cheng Xiao menarik kerusinya dan duduk di sebelah Kogyeol. Dia menuangkan soju ke dalam gelas namja yang berambut perang itu. Diambilnya gelas itu dan disuakan ke mulut Kogyeol. Kogyeol mula rimas dengan tindakan melulu Cheng Xiao. "Yahh! Apa kau cuba nak buat ni? Jauhkan diri dari aku. Jebal." Kogyeol cuba menghalang Cheng Xiao dari terus memaksanya.
Cheng Xiao masih tidak mengalah. Dia masih menyuakan gelas itu ke mulut Kogyeol sambil menyentuh dagu runcing milik Kogyeol. "YAHH! CHENG XIAO!!!" Cheng Xiao terkaku. "Ini amaran terakhir aku. Jangan cuba nak sentuh aku dengan tangan kotor kau tu!" Kata Kogyeol separuh jeritan. Cheng Xiao meletakkan semula gelas itu ke atas meja. "Sejak bila awak pandai nak berkasar dengan saya?" Matanya memandang tajam anak mata Kogyeol.
"Sejak kau rosakkan maruah aku." Kata Kogyeol lalu berdiri dan ingin meninggalkan bar itu. Ketika dia hampir sahaja ingin melangkah keluar dari bar, kedengaran satu desahan daripada seorang yeoja. Dia memalingkan kepalanya ke belakang.
Sowon sudah hampir mabuk dan...
Xi cuba untuk mencium lehernya sambil tangannya hampir sahaja meraba peha Sowon.
Pandangan Sowon masih dalam keadaan samar-samar. Dia berasa tidak selesa dengan layanan Xi terhadapnya. Dia menyesal kerana mengikut Xi malam ini dan akhirnya terjatuh ke dalam perangkap Xi. Dia tidak patut berada di sini, fikirnya. Sebelum matanya terpejam, sempat dia melihat Xi sedang dibelasah teruk oleh seorang namja dan akhirnya kepalanya terjatuh di atas meja.
-----------------------------------------------------
Kogyeol memberi tumbukan yang kuat di muka Xi sebelum Xi jatuh ke atas lantai. Bibir Xi mula mengeluarkan cecair merah dan Xi cuba untuk menahan kesakitan. Kogyeol menarik kolar baju Xi dengan kuat. Dia memandang tepat ke arah mata Xi. "Aku bagi amaran pada kau. Jangan cuba apa-apakan Sowon. Kalau kau cuba apa-apakan dia, nyawa kau ada dalam tangan aku." Kata Kogyeol kemudian melepaskan kolar baju Xi.
Kogyeol mendapatkan Sowon lalu mengangkatnya dan dibawa ke keretanya. Sowon masih tidak sedarkan diri akibat penangan kuat oleh soju yang amat jarang sekali diminumnya. Kogyeol meletakkan Sowon di tempat duduk hadapan. Kogyeol memandu keretanya ke sesuatu tempat.
__________________________________
A/N: maaf kalau bab ni memang ada byuntae sikit kat part Sowon dengan Xi tu. Maaf ya! Tapi memang Xi tu jahat kan? >.<~
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fiksi Penggemar[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19