BAB 29

137 10 0
                                    

Kogyeol mendail nombor itu dengan jarinya secara pantas. Lantas telefon pintar itu diletakkan rapat pada telinganya. Sekarang sudah tidak banyak masa yang masih tinggal untuk dia membantu Sowon kerana hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum cuti perayaan Chuseok bermula.

Nasib menyebelahinya, Sowon menjawab panggilannya.

"Yeobeoseyo? Ni Sowon?" Soal Kogyeol bagi memastikan gerangan yang mengangkat itu benar-benar yeoja yang diharapkannya. "Nae, saya Sowon. Awak... Kogyeol?" Kogyeol jadi berdebar-debar apabila Sowon menyebut namanya. Sudah lama suara itu tidak menyebut nama itu sejak mereka bertemu tempoh hari.

"Nae, saya Kogyeol. Macam mana awak tahu?"

"Yuju dah ceritakan segalanya pada saya dan... saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada awak sebab sudi bantu saya. Jeongmal kamsahamnida." Kata Sowon melalui telefon itu. Kogyeol berfikir bahawa mereka perlu berjumpa bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh Sowon dan bakal diselesaikan oleh dirinya sendiri.

"Cheonmaneyo. Emm... Sowon. Can we go out for a while? Kita nak bincang pasal ni,bukan?" Tanya Kogyeol dengan harapan Sowon sudi keluar bersamanya buat sementara waktu. Tiada sebarang jawapan yang diberikan Sowon. Kogyeol mula hairan. "Sowon?" Setelah itu, barulah dia dapat mendengar suara Sowon.

"Nae,nae. Nak keluar? Tapi, sekarang?"

"Ani. Malam ni." Tidak mungkin mereka akan keluar pada waktu siang. Pasti ada peminat yang menyedari mereka dan disyaki bercinta. Itu sikap biasa peminat.

-------------------------------------------------------

Sowon sedang menunggu di sebuah taman pada malam itu dengan memakai topeng dan baju sejuk yang tebal. Cuaca pada malam itu amat sejuk sekali. Kogyeol pula masih tidak memunculkan diri. Sudah berkali-kali dia mendail nombor Kogyeol tetapi tidak diangkat. Dia menundukkan kepalanya setelah puas memerhati dan mencari di sekelilingnya.

Tiba-tiba, sepasang kaki berhenti di hadapannya. Lantas Sowon mendongak untuk melihat wajah gerangan itu. Harapannya punah apabila rupanya gerangan itu ialah Xi. Xi tersenyum. Tetapi Sowon sebaliknya, membuat muka menjengkelkan kepada Xi.

"Awak tunggu seseorang?"

"Nae."

"Oh, mianhae kalau saya mengganggu awak. Saya sedang menjalankan pengambaran di restoran sana bersama rakan-rakan saya. Kebetulan pula awak di sini." Xi menunjuk restoran yang berada tidak jauh dari tempat mereka sekarang. Kelihatan Sowon tidak memberikan sebarang respon.

Xi yang melihat Sowon yang sedang murung berlalu pergi. Dia tidak mahu terlibat jika Sowon mempunyai masalah yang sangat rumit. Tanpa sedar, Sowon sudah tertidur sebelum Kogyeol tiba di situ.

Kogyeol mencari Sowon, tetapi sebaliknya dia hanya menjumpai seorang yeoja yang sedang tertidur. Dia menghampiri yeoja itu, mungkin dia tahu di mana Sowon berada. Sebelum Kogyeol mengejutkan yeoja itu, dia terhenti apabila menyedari itu Sowon. Niatnya mahu mengejutkan Sowon terbantut. Sengaja dia meratap wajah Sowon.

Tiba-tiba, Sowon membuka matanya dengan pantas. Maka, terjatuhlah Kogyeol kerana amat terkejut dengan tindakan Sowon. Dia mengurut dadanya bagi menenangkan perasaan terkejut yang amat itu. "Sowon, lain kali jangan buat macam tu."

Sowon pula sebenarnya baru sedar dari tidurnya. Dia tidak tahu pula yang Kogyeol sudah tiba. "Salah awaklah. Sampai lambat, saya pun dah tertidur tunggu awak." Sowon merungut.

"Pembetulan, bukan salah saya. Sunyoul suruh saya bersiap dengan kemas dan bergaya. Sedangkan kita hanya berjumpa pada waktu malam dan sekejap saja. Bukannya ada orang yang nampak, betul tak?" Kogyeol pula merungut dengan karenah Sunyoul di asrama sebentar tadi.

"Okaylah, kita akan bincang tentang masalah saya, jadi marilah duduk." Kogyeol mengambil tempat di sebelah Sowon lalu mereka berbincang di situ. Tepat jam 11 malam, mereka selesai lalu pulang ke asrama. Tanpa mereka sedari, perasaan yang sudah lama tidak dirasai kembali berputik setelah tiga tahun.

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now