BAB 37

126 9 0
                                    

Sowon membantu Puan Kim di dapur untuk menyiapkan makan tengah hari manakala Kogyeok pula berbual dengan appanya di balkoni yang berada di tingkat atas. Jam menunjukkan pukul sebelas pagi dan mereka merancang untuk menikmati makanan tengah hari secara besar-besaran.

"Ahjumma, kenapa banyak sangat yang kita perlukan?" Tanya Sowon apabila melihat Puan Kim mengeluarkan banyak bahan masakan daripada peti sejuk. Apabila selesai menegeluarkan segala yang diperlukan, dia pun menutup pintu peti sejuk lalu meletakkannya di meja. "Sebentar lagi, noona Kogyeol akan pulang daripada luar negara. Jadi makcik rasa, kita perlulah masak lebih sedikit daripada biasa."

"Ohh... anak sulung, ya?"

"Nae, namanya Go Na Young."

"Namanya macam pernah dengar..."

Sowon terus membantu Puan Kim menyiapkan hidangan.

"Kamu tak pulang ke rumah omma dan appa kamu?"

Sowon terdiam. Pulang ke rumah omma dan appanya? Rumah lamanya sudah pun terjual kerana tiada siapa yang boleh menanggung pembiayaan rumah itu. "Omma dan appa saya... dah tiada."

Puan Kim berasa bersalah kerana menanyakan hal itu kepada Sowon. "Ahh... mianhae... jeongmal mianhae, Sowon-ah. Jeongmal mollayo. Jadi kamu tiada tempat tinggal sekarang?"

"Buat masa ni, belum lagi. Tapi saya cuba cari rumah untuk disewa dalam masa terdekat sebelum cuti perayaan tamat." Ujar Sowon. Benar, dia cuba untuk cari rumah yang lebih selesa untuk didiami. Mana mungkin dia akan menyusahkan Kogyeol untuk tinggal di rumah besar ini. Baginya, rumah ini tidak layak menjadi tempat tinggal tetap untuknya.

Puan Kim memegang bahu Sowon dan memalingkan badannya agar berdiri berhadapan dengannya.

"Sowon, daripada kamu menyusahkan diri sendiri, lebih baik kamu tinggal di sini saja dan jadi sebahagian daripada keluarga kami. Lagipun, kamu yeoja chingu Kogyeol, betul tak? Makcik rasa, selepas kontrak kamu berdua tamat, makcik mahu satukan kamu dan Kogyeol. Itu lebih baik daripada kamu perlu menguruskan diri sendiri. Tinggal saja di sini dan jadi sebahagian daripada keluarga kami. Makcik akan jaga kamu macam anak makcik sendiri."

"Neomu kamsahamnida, ahjumma." Sowon tersenyum sambil menggenggam erat tangan Puan Kim. Puan Kim bakal menjadi pengganti kepada mendiang ommanya begitu juga dengan seluruh keluarganya. "Mulai sekarang, kamu tak perlu panggil mak cik 'ahjumma' lagi. Panggil 'omma' saja." Kata Puan Kim. Sowon lantas memeluk yeoja paruh baya itu. "Nae... omma."

------------------------------------------------------

Sowon naik ke tingkat atas untuk mempelawa Encik Go dan Kogyeol makan tengah hari di bawah. Sowon mendapati mereka sedang berbual di balkoni sambil bergelak ketawa. Hanya hal namja yang dibincangkan, mana mungkin Sowon mengetahui hal itu.

"Ahjussi, Kogyeol-ssi. Kajja makan tengah hari di bawah." Encik Go dan Kogyeol memandang antara satu sama lain. "Nayoung dah pulang?" Tanya Encik Go. Kogyeol menjongketkan bahunya. "Ahjumma cuma minta untuk bersedia di bawah sebelum dia pulang ke sini." Ujar Sowon.

"Ohh, kalau begitu, kajja, Minsoo." Encik Go mula berdiri untuk ke meja makan di bawah. "Appa pergilah dulu. Saya ada perkara mahu dibincangkan dengan Sowon." Kata-kata Kogyeol membuatkan mata Sowon membulat. "Ohh, geurae. Orang sedang hangat bercinta memang macam ni. Kwenchanha, teruskan. Appa turun dulu ya, Sowon-ssi." Encik Go beredar sambil ketawa memikirkan dua anak muda itu.

"Sowon, ada perkara penting yang appa awak tinggalkan untuk awak."

"Apa dia?"

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now