BAB 20

122 16 0
                                    

Sowon keluar daripada kereta milik namja chingunya itu. Dia membuka pintu pagar rumahnya. Apabila dia ingin mengunci pagar itu, kelihatan appanya sudah berdiri di belakangnya. "Sowon, siapa namja tu?" tanya appanya. Sowon tersentak. Dia kaku dari mengunci pagar tersebut.

"Itu... nam-... namja chingu Sowon, appa." Tergagap Sowon membalas. Kelihatan Kogyeol masih tidak meninggalkan rumah itu. Sebaliknya dia sedang memerhati Sowon dan appanya. Dia cuma ingin memastikan supaya Sowon pulang dengan selamat. Kogyeol terkejut apabila pipi Sowon ditampar oleh appanya tanpa belas kasihan.

"Jangan, appa. Sakit." Sowon menggosok pipinya yang mula berwarna merah. "Kenapa kamu menipu? Kamu kata kamu keluar dengan chingu tapi dengan namja chingu?!" Tangannya sudah diangkat sedikit tinggi untuk menyakiti anak perempuannya itu. Apabila dia mula menghayunkannya, tiba-tiba dia terasa seperti tangannya ditahan oleh seseorang.

"Ahjussi! Ahjussi sedar tak apa yang ahjussi cuba buat?!" kata Kogyeol separuh menjerit. Sowon terkejut apabila melihat Kogyeol sedang menghalang appanya yang cuba untuk menyakitinya. Dia membeku di situ, tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Appa Sowon menarik tangannya dari cengkaman Kogyeol. "Kamu rupanya namja chingu dia. Dengar sini, lepas ni jangan sampai saya dengar yang kamu berdua ada apa-apa hubungan lagi. Sowon sekarang pergi masuk ke dalam rumah." arah appanya. Sowon memandang Kogyeol.

Kogyeol membuat isyarat mata, memintanya terus masuk ke dalam rumah tanpa banyak alasan. Dia tidak mahu yeoja itu terus dimarahi appanya. Sowon tanpa berlengah lagi terus masuk ke dalam rumah. Appanya kembali memandang Kogyeol.

"Putuskan hubungan kamu berdua. Saya tak mahu kamu ada apa-apa hubungan lagi dengan anak saya. Lagipun, saya akan bawa dia pergi jauh dari sini." kata appanya. Kogyeol tidak tahu apa yang mahu dikatakan. Tetapi dia cuba memberikan satu nasihat kepada appa Sowon.

"Sowon itu anak perempuan ahjussi. Dia satu-satunya anak ahjussi sekarang. Ahjussi tahu tak? Dia cuba buat ahjussi sayangkan dia sebaik boleh tetapi apa yang ahjussi balas? Ahjussi terus sakiti dia. Dia dah banyak menderita selama ni. Jadi saya sebagai namja chingu Sowon, mohon supaya ahjussi hargailah dia dan jaga dia sebaik mungkin. Saya balik dulu." Kogyeol terus menuju ke keretanya, menghidupkannya lalu meninggalkan rumah Sowon.

Appa Sowon terdiam mendengar kata-kata Kogyeol. Benar, dia tidak pernah melayan Sowon seperti anaknya, sebaliknya seperti orang gaji. Tetapi peristiwa lampau membuatkan kasih sayang terhadap anaknya hilang serta-merta.

--------------------------------------------------------------------------------------

"Mwo? Pindah? Ke mana?" Sowon sangat terkejut apabila appanya memberitahunya untuk menetap di luar negara atas urusan kerja. "Kamu kena dengar cakap appa. Ini juga untuk kebaikan kamu. Appa juga tak mahu kamu berhubung dengan namja tu lagi." Sowon merengus kasar lalu berlari menuju biliknya, lantas pintu biliknya dihempas kuat.

Sowon membuka telefon pintar miliknya.

'Sowon, kwenchanhayo?'

'Saya okay. Jangan risau.'

'Baguslah. Saya harap awak tabah dan awak perlu kuat hadapi semua ni.'

Sowon tersenyum apabila menerima kata-kata semangat dari Kogyeol. 'Gomawo, Minsoo.'

--------------------------------------------------------------------------------------

Sejak peristiwa itu berlaku, Kogyeol sentiasa menyokong Sowon. Dia langsung tidak menghiraukan kata-kata appa Sowon supaya memutuskan hubungan itu. Tetapi, tidak mungkin dia akan menghancurkannya. Dia beruntung kerana mempunyai yeoja chingu seperti Sowon kerana yeoja itu seorang yang setia. Tidak seperti Cheng Xiao, menghancurkan terus memori mereka.

Setelah berminggu-minggu berlalu, harinya hampir saja tiba di mana Sowon bakal meninggalkan negara Korea. Appanya sudah menguruskan hal-hal tempat tinggal, persekolahan dan segala kehidupannya di sana. Bagi Sowon, masa sangat pantas berlalu dan hanya tinggal sedikit masa sahaja lagi untuk dia meluangkan masa bersama Kogyeol.

Mereka duduk di padang sekolah selepas waktu sekolah tamat.

"Kogyeol, ada perkara saya mahu beritahu awak."

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now