Sowon dan Kogyeol menghabiskan masa mereka di Everland. Kelihatan mereka sedang duduk di sebuah bangku sambil menikmati kopi. Mereka sungguh bahagia apabila hanya berdua-duaan seperti itu. Sudah lama Kogyeol tidak merasai suasana ini, bermesra bersama yeoja chingunya.
"Sowon, awak masih belum beritahu saya sesuatu lagi." kata Kogyeol. "Apa?" soal Sowon sebelum menghirup air kopi di tangannya. "Tentang... impian awak. Saya nak tahu." Sowon terdiam sejenak. Perlukah dia berkongsi masalah yang dihadapi keluarganya kepada namja itu?
"Kwenchanhayo? Mianhae. Tak mengapa, lupakan saja soalan saya tadi." Kogyeol bimbang apabila melihat riak wajah Sowon yang mula berubah. Namun begitu, dia pasti ada sesuatu yang tidak kena pada Sowon. Sowon tersenyum kelat seraya menggelengkan kepalanya.
"Impian saya... adalah jadi orang yang berguna pada semua orang di sekeliling saya. Saya tak suka membebankan orang. Tapi hakikatnya, saya dah menyusahkan orang yang saya sayang. Saya pun tak tahu mengapa. Sebab itulah, saya harap awak boleh janjikan sesuatu dengan saya." kata Sowon dengan rasa sebak. Kogyeol yang tadinya tekun mendengar luahan Sowon mula menyoalkannya. "Janjikan apa?"
Sowon mengeluarkan jari hantunya dan berharap Kogyeol akan melakukan perkara yang sama. Perlahan-lahan jari mereka saling bertaut. Sowon tersenyum.
"Janji yang awak akan sentiasa bersama dengan saya. Awak akan sentiasa sokong saya. Dan... awak jangan tinggalkan saya." Sowon menitiskan air matanya lantas dikesat oleh Kogyeol dengan tangannya yang memegang secawan kopi sebentar tadi. "Kita pun perlu janji sesuatu."
"Mwo?" Sowon hairan.
"Janji yang kita akan sentiasa bersama... selama-lamanya. Forever and after."
Kogyeol menarik Sowon ke dalam dakapannya. Jari mereka masih tidak lepas. "Saya sayangkan awak, Kim So Jung. Jadi awak juga jangan cuba nak tinggalkan saya. Kalau tidak, saya cari yeoja lain." Kata-kata Kogyeol membuatkan Sowon terus melepaskan pelukan itu dan satu pukulan pada bahu Kogyeol diberikan.
"Kenapa jahat sangat sampai nak cari yeoja lain?" Sowon memuncungkan mulutnya. "Saya bergurau saja." Kata Kogyeol sambil menarik Sowon ke dalam pelukannya semula. Sowon membalas pelukan itu. Tidak lama kemudian, satu mesej telah diterima oleh Kogyeol. Dia mengambil telefonnya lalu membuka mesej itu.
'Pukul tujuh malam ni, aku nak minta kau datang ke Cheonggye Stream. Kalau boleh, bawa Sowon sekali.'
"Sunyoul ajak pergi Cheonggye Stream pada pukul tujuh." kata Kogyeol. "Mwo? Sekarang pukul berapa?" Kogyeol meneliti jam tangannya, kini menunjukkan jam 6:45 p.m. Mereka boleh bertolak sekarang jika mahu tiba di sana tepat pada masanya. "Kajja. Kita pergi sekarang."
Mereka sempat menghabiskan kopi yang masih tersisa sebelum meninggalkan taman tema yang dinamakan sebagai 'Everland' itu. Tempat itu menjadi saksi perjanjian yang dibina kukuh oleh Kogyeol dan Sowon.
----------------------------------------------------------------------------------
Sowon dan Kogyeol menuruni anak tangga yang menuju ke sungai itu. Lalu mereka dapati Sunyoul dan Yuju sedang berpegangan tangan sambil duduk di seberang sungai. Pasti Sunyoul sudah melakukannya, fikir Kogyeol. Sowon mendapat satu idea lalu dia bersepakat bersama Kogyeol.
Mereka mendekati Sunyoul dan Yuju secara perlahan-lahan lantas mengejutkan mereka. "Yahh, Sowon-ah. Janganlah buat begitu." Kata Yuju sambil mengurut dadanya. "Kogyeol rupanya... bila sampai?" soal Sunyoul selepas ketawa melihat telatah Yuju.
"Aigoo~ syok sangat bercinta sampai tak sedar yang kami dah sampai? Teruk betul kau dapat namja chingu macam dia ni, Yuju." Sowon mengusik Yuju dan Sunyoul. Yuju mula naik angin. "Yahh, sebaik-baik namja chingu kau, baik lagi Sunyoul daripada dia." kata Yuju.
Kogyeol dan Sunyoul saling berpandangan. Kogyeol membuat isyarat matanya untuk meminta Sunyoul mengikutnya dan meninggalkan Sowon dan Yuju yang sedang bergaduh. Lantas Sunyoul melepaskan tangannya dari tangan Yuju, tetapi Yuju masih tidak menyedari apa yang dilakukan Sunyoul.
Mereka berdua ketawa kecil melihat yeoja chingu mereka sedang bergaduh dan bergurau senda.
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fanfiction[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19