"Sejuknya. Kenapa kita berada di sini?"
Kogyeol terkejut melihat yeoja itu berdiri di sebelahnya. Dia tersenyum. "Ka-... Awak dah sedar? Baguslah." Kogyeol melihat Sowon yang sedang menggosok lengannya untuk menahan kesejukan. Kebetulan di belakang mereka ada sebuah bangku yang diperbuat daripada kayu. Dia mendapat satu idea.
Kogyeol membuka jaket yang dipakainya lalu dipakaikan ke badan Sowon. Kemudian, dia menarik tangan Sowon untuk duduk di atas bangku itu. Sowon hanya menurut. Ini pertama kali dia berdua-duaan dengan orang yang dia sukai. "Gomawo." Ucap Sowon atas tindakan Kogyeol. Kogyeol tersenyum, "Cheonmaneyo."
"Boleh saya tahu, kenapa awak pergi bar? Saya tak pernah tengok awak di sana." tanya Kogyeol. Dari tadi dia mahu menanyakan itu, tetapi Sowon masih tidak sedarkan diri. "Saya... Seseorang dah ajak saya pergi sana. Sebenarnya saya tak mahu pergi tapi untuk jaga hati dia, saya terpaksa."
Barulah Kogyeol tahu apa sebab Sowon berada di tempat 'keras' itu. Dia pasti semua ini angkara Xi untuk memerangkap Sowon. "Sepatutnya, awak tak boleh ikut dia. Awak hampir saja diperkosa oleh dia." Kogyeol menasihati Sowon dalam tegas tetapi masih berlembut.
Tiba-tiba, Sowon menitiskan air matanya dan berasa sebak. "Kenapa saya ni bodoh sangat? Kenapa saya ikut dia?" Semakin lama, Sowon semakin sebak. Kogyeol memahami isi hati Sowon. Dia tahu, Sowon berasa amat menyesal. "Kogyeol, saya rasa saya ni seperti tak berguna. Kenapa semua orang ada kebahagiaan bersama keluarga mereka? Sedangkan saya tiada. Semua orang dapat apa yang mereka mahu tapi saya tak boleh." Kogyeol berasa kasihan melihat Sowon. Tetapi dia tahu, apa yang Sowon katakan tidak benar.
"Sowon, dengar sini. Tak semua orang bahagia bersama keluarga mereka. Tak semua orang dapat apa yang mereka mahu. Semua tu hanya Tuhan yang tentukan. Mungkin ada baiknya jika berlaku sebegitu. Awak tahu tak? Bukan awak saja yang tak dapat apa yang awak mahukan tapi saya pun sama." Penjelasan Kogyeol berakhir dengan sesuatu yang tersirat. Sowon masih tidak berhenti menangis.
Kogyeol hanya mengeluh lalu kedua-dua tangannya menarik Sowon ke dalam pelukannya. "Nae. Nangislah. Lepaskanlah segalanya." kata Kogyeol sambil mengusap rambut Sowon. Sowon berasa tenang apabila berada dalam dakapan Kogyeol. 'Gomawo, Kogyeol-ah, awak dah menasihati saya.' bisik hati Sowon.
Sowon melepaskan pelukan Kogyeol lalu tersenyum. "Gomawo." Kogyeol mengelap air mata Sowon dari terus berguguran.
"Kogyeol-ah."
"Nae."
"Tadi awak cakap awak pun tak dapat apa yang awak mahukan. Betul?"
"Betul. Wae geuraeyo?"
"Tak mahu kongsi dengan saya?"
Kogyeol tergamam. Dia pasti Sowon akan terkejut jika diberitahu. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk meluahkan sahaja. Mungkin Sowon akan menerimanya. "Cinta hati saya." Riak wajah Sowon berubah. "Oh... Nuguya?" Kogyeol tersenyum sambil memegang bahu Sowon. "Jangan terkejut."
Kogyeol mendekatkan wajahnya dengan wajah Sowon sehingga wajah mereka hanya berjarak 5 sentimeter sahaja. Dalam beberapa saat kemudian, Kogyeol mempertemukan bibir mereka berdua. Mata Sowon terbeliak kerana terlalu terkejut. Perasaannya kini bercampur baur, pasti terkejut bercampur teruja.
Sowon memejamkan matanya lalu tangannya merangkul pinggang Kogyeol. Kogyeol tersenyum di sebalik ciuman itu. Tidak lama kemudian, ciuman mereka putus. Kogyeol memandang Sowon yang masih memejamkan matanya. "Bukalah mata. Lama sangat awak pejam." kata Kogyeol.
Sowon membuka matanya dengan perlahan. Dia melihat sekeliling, tangan Kogyeol pula masih di bahunya. "Saya tak bermimpi, bukan?" tanya Sowon untuk mendapatkan kepastian. "Aniyo." Sowon tersenyum lalu mereka berdua ketawa kecil.
"Maksudnya, awak dah dapat apa yang awak mahukan?"
"Nae. Saya dah dapat. Awak pula?"Pertanyaan Kogyeol pula buat Sowon tergamam sekelip mata. Impiannya adalah supaya appanya dapat kembali seperti dahulu. Sowon menggelengkan kepalanya. "Tapi, ini pun salah satu daripada apa yang saya mahukan. Gomawo." Ini sudah sekian kali dia mengucapkan perkataan itu.
Kogyeol menarik Sowon ke dalam dakapannya. "Tak mengapa kalau awak tak mahu beritahu saya. Akan datang, ia akan terbongkar juga." Sowon membuat muka menjengkelkan tanpa dilihat Kogyeol. "Kajja. Dah lewat ni. Saya hantar awak pulang."
Mereka berdua mula bangun untuk beredar dari Sungai Han. "Awak tahu rumah saya di mana?"
"Arayo."
"Macam mana awak tahu?"
"Choi Yuju."
"Haishh... "
Mereka berdua ketawa mesra sehinggalah masuk ke dalam perut kereta.
-----------------------------------------------------------------------------
Kogyeol memberhentikan keretanya di hadapan rumah Sowon. Ternyata rumah Sowon tidak sebesar rumahnya. Status mereka berdua berlainan. "Oh, jaket ni..." Sowon membuka jaket itu tetapi dihalang oleh Kogyeol. "Kwaenchanha, awak simpanlah dulu. Nanti awak pulangkan." Jika jaket itu disimpan, Kogyeol masih ada jaket lain?
"Awak ada jaket yang lain sekarang? Di luar sangat sejuk." Sowon juga risau dengan kesihatan Kogyeol jika tidak dijaga dengan betul. "Kwaechanha, awak simpanlah." Kogyeol tetap berkeras. "Neoreul jinjja?" "Neomu jinjja, nae?" Senyuman Kogyeol terus membuatkan jantung Sowon berdegup laju. "Kamsahamnida. Jumpa awak di sekolah nanti. Berhati-hati bawa kereta. Bahaya di luar sana."
"Nae. Annyeong." Sowon menutup pintu kereta lalu masuk ke dalam rumah. Sempat dia melambai ke arah Kogyeol. "Dia suka membebel juga. Haishh... Nasib baik cantik." Kogyeol tersenyum keseorangan sebelum memandu keretanya pulang ke rumah.
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fanfiction[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19