BAB 21

125 11 1
                                    

"Kogyeol, ada perkara saya mahu beritahu awak."

"Mwoya?"

"Saya akan ke luar negara."

Kogyeol ketawa, dia tahu Sowon tidak akan pergi dalam masa yang sangat lama. Sebab itu dia tidak terlalu risau. "Awak pergi tak lama, kan? Nanti kita boleh jumpa lagi." Kogyeol mengusap rambut yeoja chingunya itu.

"Lama. Mungkin dalam dua atau tiga tahun."

Kogyeol terdiam. Dia pasti bahawa Sowon sedang bergurau tetapi anak mata Sowon jelas menunjukkan sebaliknya. "Awak... awak bergurau, kan? Awak... main-main saja dengan saya, kan?" Kali ini, Kogyeol meletakkan kedua-dua tangannya di atas bahu Sowon.

Sowon menggelengkan kepalanya. "Jinjja. Saya tak tipu. Sebab tu saya minta kita pergi ke sini. Supaya saya boleh luangkan sedikit masa saja lagi sebelum saya bertolak."

Kogyeol mula merasakan dia seperti kehilangan nafas sebentar. Tidak mungkin Sowon akan meninggalkannya. Tidak mungkin ini adalah pengakhiran kisah cinta mereka. Tiba-tiba Kogyeol berdiri dan memandang Sowon dengan tajam.

Sowon tahu Kogyeol pasti berasa kecewa dengan kata-katanya. Dia turut berdiri apabila melihat Kogyeol yang memberikan pandangan yang amat tajam terhadapnya. Mata Kogyeol mula berkaca. Dan akhirnya, air matanya terus mengalir. Dia tidak mahu perasaan yang dihadapi suatu masa dahulu kembali lagi.

Sowon mencapai tangan Kogyeol. "Saya tak berniat nak tinggalkan awak, Kogyeol."

"Bila... kau akan bertolak pergi sana?" Serta-merta Kogyeol memanggil Sowon dengan perkataan "kau" itu. Riak Sowon turut berubah apabila Kogyeol menyebut perkataan itu. Kali terakhir perkataan itu disebut adalah ketika mereka bergaduh suatu ketika dahulu.

Sowon menguatkan dirinya untuk membalas. "Pagi besok."

Kogyeol menarik tangannya dari genggaman Sowon dengan sangat pantas, dan sudah tentu Sowon terkejut. "Kita dah janji kan? Tapi kenapa kau nak tinggalkan aku?"

Memandangkan Kogyeol sudah menukarkan gelaran mereka, maka Sowon juga tidak mengalah. Dia cuba untuk memaut kembali lengan Kogyeol tetapi pantas ditarik olehnya. "Aku tiada niat nak tinggalkan kau. Aku sayangkan kau. Tapi aku kena pergi juga... kalau tak appa aku marah aku lagi." kata Sowon dengan rasa sebak.

Kogyeol membuang mukanya dari terus memandang Sowon. Bukan dia membencinya tetapi tidak mahu melihat Sowon yang sedang menangis kerana ke'ego'annya. Tetapi hatinya amat sakit ketika itu. Cinta hatinya akan meninggalkannya buat kali kedua.

"Selepas aku pergi dari sini, jangan hubungi aku lagi. Aku tak sanggup. Mungkin lepas ni aku tak akan jumpa kau lagi, Kim So Jung. Jadi, aku harap kau bahagia. Dan aku harap, ada namja yang lebih baik dari aku yang kau akan jumpa." kata Kogyeol.

"Apa kau cakap ni, Kogyeol? Tak mungkin aku akan lupakan kau. Lepas aku balik sini semula, aku akan jumpa kau. Aku janji."

"Tak perlu. Appa kau pun tak suka pada aku. Dia pun suruh kita supaya jangan berhubung lagi. Jadi, ni pun untuk kebaikan appa kau juga."

"Aku rasa dah tiada apa lagi yang perlu dicakapkan. Aku pergi dulu. Selamat tinggal, Kim So Jung." Kogyeol pantas mencapai beg sekolahnya di atas tanah lalu berlari dan meninggalkan padang itu. Sebenarnya, dia tiada niat untuk berkata begitu tetapi untuk menunjukkan bahawa dia tidak mahu Sowon meninggalkannya, dia terpaksa menunjukkan sikap egonya.

Ternyata Sowon tetap tidak membidas kata-kata Kogyeol. Benar apa yang Kogyeol katakan, appanya tidak merestui hubungan mereka. Inilah akibatnya apabila dia telah berbohong pada appanya suatu ketika dahulu.

Lututnya terasa lemah, tidak kuat lagi menampung kekuatan badannya lalu dia terduduk di atas rumput itu. Tidak percaya apa yang baru sahaja dihadapi. Secara langsung, hubungan mereka berakhir di situ. Dia menangis sepuas-puasnya di tengah padang itu.

"Sowon!" Kelihatan Yuju datang dari arah belakangnya. "Kenapa kau belum balik lagi? Kwenchanhayo?" Yuju memimpin Sowon pulang ke rumah walaupun dia tidak mengetahui apa yang telah berlaku.

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now