Kepala mereka menunduk ke bawah. Kelihatan dua pasang kaki berhenti tepat di hadapan mereka.
"Annyeong Sowon-ssi, Yuju-ssi." Suara itu, suara lain daripada jangkaan mereka. Bukan suara dua orang namja tadi. Itu suara milik Xi. Sowon mula mengangkat mukanya. Xi berada di hadapan mereka sekarang. Disebelahnya ialah rakan baik Xi, Gyeoul. Sowon sedikit lega kerana bukan namja yang dijangkanya berada di hadapan mereka.
Berkata tentang dua orang namja itu, dimanakah mereka? Sudah hilang. Sowon jelas melihat mereka mendekatinya dan Yuju. Kini tiada langsung di hadapan mata.
"Annyeong, Xi. Awak buat apa di sini?" Tanya Yuju. Yuju juga kelihatan lega. "Mahu mendapatkan ketenangan minda. Jadi saya ajak Gyeoul keluar sekali." Kata Xi sambil menunjuk ke arah Gyeoul. Gyeoul tersenyum ke arah dua yeoja tersebut.
"Ohh, begitu. Kami pun sama juga." Kata Sowon pula. Mereka berempat bersembang bersama disitu.
------------------------------------------------------
"Hish kau ni. Kenapa tiba-tiba tarik tangan aku ni?" Sunyoul merungut di sebalik semak. Memang betul, mereka mendekati Sowon dan Yuju sebentar tadi. Tetapi Kogyeol sempat menangkap dua orang namja yang sangat dikenalinya, yang salah seorangnya adalah musuhnya sendiri. Pantas sahaja menarik tangan Sunyoul lalu bersembunyi di sebalik semak.
"Bukan apa. Aku nampak Xi dengan Gyeoul pergi pada diorang juga." Kata Kogyeol. Sunyoul juga memerhatikan Yuju dari jauh. Yuju pula senang berkawan dengan Xi dan Gyeoul. Hatinya sedikit demi sedikit mulai rasa sakit.
"Kwenchanha. Aku faham. Aku pun rasa juga." Kata Sunyoul sambil mendaratkan tangannya di atas bahu Kogyeol.
------------------------------------------------------
"Sowon-ssi,boleh saya nak bercakap dengan awak sebentar?" Pinta Xi. Sowon terdiam seketika. Kemudian tersenyum ke arah Xi. "Nae." "Yuju, saya pinjam Sowon sebentar ya." Xi meminta pada Yuju pula. Yuju hanya tersenyum.
Xi dan Sowon berjalan sebentar di sekeliling taman itu. Meninggalkan Yuju dan Gyeoul berdua di sana. "Sowon-ah, kalau saya tanya ni jangan marah." Pinta Xi. "Macam mana saya mahu marah kalau saya masih tidak tahu persoalannya?" Kata Sowon sambil ketawa kecil.
"Emm... saya... saya nak tanya. Awak pernah ada namjachingu?" Persoalan Xi akhirnya keluar juga daripada mulutnya. Sowon ketawa. Sungguh, Xi amat tertarik dengan Sowon apabila dia ketawa. Dia juga hairan mengapa Sowon boleh ketawa apabila mendengar pertanyaannya.
"Kenapa awak gelak? Soalan saya tu sangat kelakar ke?" Tanya Xi dengan hairan. Sowon cuba bertenang. "Nae, memang soalan awak tu sangat-sangat kelakar. Saya tak pernah ada namjachingu. Siapalah yang akan sukakan saya yang serba kekurangan ni? Saya pasti siapa yang menjadi namjachingu saya akan rugi kalau dapat yeojachingu seperti saya." Kata Sowon.
Xi menarik nafas lalu mengatakan hasratnya, "Tapi saya sukakan awak, Kim So Jung." Sowon terus terdiam. Dia memberhentikan langkahnya. Dia memandang tepat di dalam anak mata Xi. Pandangannya lain daripada yang lain. Ini bermakna kata-kata Xi itu mungkin benar. Tetapi Sowon menafikannya di dalam hati.
"Xi, awak bergurau, bukan? Tolonglah cakap awak bergurau." Kata Sowon dengan serius. "Ani, saya tak bergurau. Saya benar-benar maksudkannya." Kata Xi pula. Sowon lebih terkejut tetapi disembunyikan perasaan itu. Dia sebenarnya tidak bersedia untuk menerima teman hidup melainkan Yuju, rakan baiknya sendiri.
"Xiao, listen to me. Jeongmal mianhae. Saya sebenarnya tak bersedia lagi untuk bercinta. Saya masih muda dan perjalanan hidup saya masih jauh lagi. Saya tak rasa kalau jodoh saya dah sampai sekarang. Mianhae, saya tak dapat nak terima awak sebagai namjachingu. Tapi kita masih bolwh jadi kawan, bukan? Apa salahnya kita hanya berkawan dan tidak lebih daripada itu." Jelas Sowon.
Xi hanya menunjukkan reaksi kecewanya. Tetapi dia masih mampu menguntumkan sebuah senyuman. "Kwaenchanha. Betul apa yang awak cakap. Kita masih muda dan masih banyak yang perlu dipelajari. Gomawo." Xi melebarkan lagi senyumannya.
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fanfic[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19