BAB 35

119 7 6
                                    

"Ni rumah awak, betul tak? Ataupun kita dah salah rumah?" Tanya Kogyeol apabila melihat rumah dan alamat di tangannya saling berganti. Sowon juga keliru, benarkah ini rumahnya? Mengapa sudah bertukar rupa? Tetapi dari segi reka bentuk, alamat dan warnanya yang sudah pudar itu jelas menunjukkan itulah rumahnya. "Mung... mungkin..." dia juga tidak pasti.

Sowon mendekati pintu pagar dan mendapati ianya tidak berkunci. Lantas dia melangkah masuk dan mendekati pintu rumahnya. "Kenapa rumah ni macam tak dijaga?" Sowon meraba-raba permukaan pintu kayu itu, jelas menunjukkan ianya sangat berhabuk. "Biar saya masuk dulu. Nah." Kogyeol memberikan sehelai tisu kepada Sowon untuk membersihkan jarinya yang sudah berhabuk itu lalu dengan perlahan dia memulas tombol pintu itu. "Tak berkunci?"

Kogyeol dan Sowon melangkah masuk ke dalam rumah yang kosong itu. Tidak cukup dengan itu, dinding dan siling dilitupi dengan sarang-sarang labah-labah yang kecil. Lantai juga berdebu dan nasib baik mereka memakai stoking untuk melindungi kaki mereka. Udara di dalam rumah itu sangat tidak selesa membuatkan Sowon terbatuk-batuk. "Sowon, awak pasti appa awak ada di sini?" Soal Kogyeol. "Mollayo. Tapi kita perlu cari di sini dahulu sebelum kita cari di tempat lain."

Mereka berdua berpecah, Kogyeol mencari di tingkat atas manakala Sowon mencari di tingkat bawah. Ketika Sowon mencari di sekitar dapur, dia teringat bahawa ada sebuah bilik tetamu di dapur. Lantas dia menghampiri bilik itu dan perlahan menolak pintu yang tidak tertutup rapat.

"APPA!"

Suara Sowon menguasai seluruh ruang rumah membuatkan Kogyeol bergegas turun ke bawah. Lalu dia memasuki bilik yang telah dibuka pintunya di dalam kawasan dapur. Kelihatan Sowon sedang memeluk appanya yang sedang terlantar di atas katil. Appanya membalas pelukan anak gadisnya yang dirindui itu. "So... Sowon-ah... bo... bogosi...peo..." Ucap appanya dengan tergagap-gagap. "Nado..." Sowon menangis di bahu appanya.

"Appa, macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya Sowon selepas melepaskan pelukan itu. Encik Kim menggelengkan kepalanya. "Kwenchanha... appa tak apa-apa..." Encik Kim mengusap kepala Sowon. "Mianhae... appa selalu... menyakiti kamu se... sewaktu kamu remaja..." Kali ini tangannya beralih ke pipi Sowon, lantas Sowon menggenggam tangan itu dan menggelengkan kepalanya.

"Appa... saya tak kisah tentang semua tu. Tetapi saya nak appa kembali seperti dulu... Kenapa boleh jadi macam ni?" Sowon berasa sebak melihat appanya yang semakin teruk. "Tiada apa-apa... Sowon... boleh tolong ambilkan... ambilkan air... untuk appa?" Minta Encik Kim. Tanpa berlengah masa, Sowon terus berdiri untuk ke dapur. "Jakkaman."

Encik Kim melihat Kogyeol yang berdiri di muka dari tadi. "Kamu... ke sini sebentar..." Kogyeol mendekati Encik Kim lalu menggenggam tangan namja paruh baya itu. "Nae?"

"Kamu... pasti sukakan Sowon lagi... saya tak kisah... kalau kamu disatukan... pada masa akan datang... tapi jika benar... saya minta kamu jaga Sowon dengan baik... dan... jangan kecewakan dia..." Encik Kim terbatuk-batuk, semakin lama semakin teruk. Nafasnya hampir tersekat-sekat dan kelihatan agak susah untuk ditarik dengan baik. "Ahjussi?" Kogyeol menepuk pelan bahu Encik Kim.

Sehinggalah Encik Kim menarik nafas dan menghembuskannya buat kali terakhir disaksikan oleh Kogyeol.

Kogyeol mengeluh hampa. Appa yeoja chingunya telah meninggalkan anak gadisnya. "Semoga ahjussi tenang di sana." Kogyeol meletakkan kedua-dua tangan Encik Kim di atas perutnya. Kemudian, dia ternampak sehelai kertas yang terlipat kemas di atas meja bersebelahannya dan bertulis 'Untuk: Kim So Jung'. Kogyeol terus mencapainya dan simpan ke dalam poket baju sejuknya.

"Appa? Kogyeol, appa saya tidur ataupun..." Sowon muncul di muka ointu dengan membawa segelas air kosong. Kogyeol menggeleng. "Appa awak... dah pergi..." Gelas yang dipegangnya terjatuh ke atas lantai dan pecah.

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now