BAB 23

132 12 1
                                    

Sowon menaiki sebuah kereta yang sudah menunggu di hadapan rumahnya. Kereta itu seperti pernah dilihat tetapi dia tidak mengingatnya. Appanya telah mengupah pemandu itu untuk menghantar mereka berdua ke lapangan terbang.

Apabila Sowon sudah meletakkan bagasinya di ruang penyimpanan belakang, dia masuk ke dalam perut kereta. Dia melihat wajah pemandu itu, lalu matanya terbuntang luas. Itu namja yang hampir merosakkan maruahnya suatu ketika dahulu, dan juga merupakan rakan sekolahnya.

"Xi, dah lama tunggu?" Tanya appanya sebaik sahaja duduk di bahagian hadapan bersebelahan tempat duduk pemandu. "Ani, baru saja sampai. Semua dah siap? Tiada apa-apa lagi yang tertinggal?" Xi memandang ke arah tempat duduk belakang, tidak tersengaja dia bertemu mata dengan Sowon lalu tersenyum.

"Kajja."

-----------------------------------------------------------------------------------

Sowon dan appanya tiba di Incheon International Airport. Dia telah meninggalkan Bucheon tanpa sebarang halangan. Dia pasti Kogyeol sudah melupakannya. Sowon juga sudah menukar nombor telefonnya dan nombor itu hanya diperkenalkan kepada chingunya, Yuju. Dia tidak mahu hidupnya tertekan.

Apabila Sowon dan appanya sudah melepasi pemeriksaan diri dan bagasi, mereka menuju ke platform di mana kapal terbangnya akan berlepas. Tepat jam 10 pagi, kapal terbang ke negara yang ingin dituju telah berlepas dan meninggalkan bandar Seoul. Sowon tidak akan bertemu dengan rakan-rakannya selama beberapa tahun seperti yang dijanjikan oleh appanya.

-------------------------------------------------------------------------------------

Kogyeol mengangkatkan tangannya setelah Mrs. Park meminta supaya anak muridnya duduk. "Ya, Go Minsoo?" Mrs. Park meletakkan buku-buku rekod dan beg tangannya di atas mejanya. Kogyeol berdiri untuk menyatakan hasratnya.

"Mrs. Park ada terfikir nak tukar penolong kelas? Sowon dah tiada."

Semua pelajar memandangnya. Biasanya, Kogyeol langsung tidak mengambil berat langsung tentang penolongnya. Seolah-olah dia tidak memerlukan pembantu. Tapi sejak dia dan Sowon menjalinkan hubungan, dia sangat mengambil berat tentang Sowon dan juga kelasnya. Tetapi pelajar lain tetap tidak mengetahui hubungan mereka itu.

Mrs. Park berfikir sejenak. "Nae, saya ada terfikir tapi saya tak tahu siapa yang boleh gantikan. Awak ada cadangan?" soal Mrs. Park. Kogyeol memandang Sunyoul dan Yuju. Dia pasti mereka boleh menggantikan tempatnya. "Saya cadangkan Mrs. Park gantikan dia dengan Yuju. Yuju itu chingunya, saya pasti Yuju sudah tahu tugas-tugas yang selalu Sowon jalankan."

"Boleh juga. Nae, kalau Yuju tiada sebarang masalah, dia boleh gantikan Sowon mulai hari ni. Boleh, Yuju?" Mrs. Park mengharap Yuju boleh memegang jawatan itu. "Boleh, Mrs. Park." Yuju tersenyum. "Okay. Minsoo, awak boleh duduk."

Tetapi Kogyeol mengangkat tangannya sekali lagi. "Saya... mahu letak jawatan saya sebagai ketua kelas." Kenyataan Kogyeol itu semakin membuatkan semua pelajar hairan. "Waeyo? Kamu sudah penat?" soal Mrs. Park lagi.

Kogyeol tidak tahu apa yang mahu dijawab. Dia sebenarnya mahu Sunyoul saja yang menggantikannya. Dia pula tidak biasa bekerjasama bersama Yuju. Juga ketiadaan Sowon makin menyukarkan tugasnya. Jadi, dia fikir untuk meletak jawatan sahaja.

Kogyeol cuba mereka alasan yang logik. "Saya cuma mahu tumpukan pada pelajaran memandangkan peperiksaan akhir tahun semakin dekat. Kalau Mrs. Park setuju, saya nak turunkan jawatan saya kepada Sunyoul." Kogyeol amat mengharap guru kelasnya itu akan menerima alasannya itu.

"Emm... boleh awak buat, Sunyoul?"

Sunyoul pula yang terdiam. Tapi jika Yuju sudah menjadi penolong, tidak salah jika dia menggalas sahaja tugas itu. Dia pun sudah arif dengan kerja-kerja yang selalu dilakukan Kogyeol. Malah dia sudah menghafal rutin harian Kogyeol di sekolah, dari awal pagi hingga waktu pulang ke sekolah.

Sunyoul mengangguk. Perasaan gembiranya hanya dirinya yang tahu apabila dapat bekerjasama dengan yeoja yang sudah bergelar yeoja chingunya, Yuju. Dia amat berterima kasih kepada Kogyeol kerana menurunkan jawatan ketua kelas padanya dan penolong kelas kepada Yuju bagi pihak Sowon.

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now