BAB 31

113 9 0
                                    

Kereta api yang ditunggu akhirnya tiba dan berhenti di platform itu. Kogyeol dan Sowon melangkah masuk ke dalam kereta api itu lantas mencari tempat duduk mereka. Setelah menjumpainya, mereka duduk di atas kerusi itu, Sowon di tepi tingkap manakala Kogyeol di sebelahnya.

"Perjalanan kita selama tiga jam ke Bucheon. Awak bawa cukup makanan?" Soal Kogyeol. Sowon mengangguk kemudian menanyakan soalan yang sama kepada Kogyeol. "Awak?" Kogyeol juga mengangguk. Kogyeol sudah biasa menaiki kereta api untuk pulang ke kampung halamannya. Sowon pula biasanya hanya tinggal di asrama manakala ahlinya yang lain pulang ke rumah.

"Bukankah awak tak selalu naik kereta api untuk pulang ke Bucheon? Tapi awak boleh bersedia dengan rapi."

"Awak fikir saya tak pernah naik kereta api? Bukankah kita pernah naik kereta api sewaktu kita keluar bersa--" Sowon terhenti sebentar. Dia mula sedar apa yang dia telah dia katakan boleh mengenang kembali kisah silam mereka. Kogyeol memandangnya hairan. "Wae?" Sowon menggeleng. "Aniya."

Kereta api itu mula bergerak meninggalkan Stesen Yongsan untuk ke Bucheon. Dalam perjalanan, mereka bersembang, makan dan bermain dengan telefon pintar masing-masing. Ketika sedang bermain dengan telefon, Sowon cuba mengerling telefon pintar Kogyeol. Kogyeol sedang melihat gambar-gambar di dalam galeri sambil mendengar lagu dengan fon telinganya.

Dia melihat gambar lama mereka masih ada di dalam telefonnya. Serta gambar-gambarnya yang entah dari mana Kogyeol mengumpulnya. Lantas dia kembali memandang telefon pintarnya semula. Pelbagai persoalan di mindanya kini.

Mengapa gambar-gambar itu masih tersimpan di dalam telefonnya?

Adakah Kogyeol masih mempunyai perasaan terhadapnya?

Dirinya pula? Masih mencintai Kogyeol seperti ketika di sekolah tinggi?

Soalan-soalan itu berkeliaran di mindanya tetapi hanya dipendamkan sahaja. Jika ditanya, takut Kogyeol akan memberikan jawapan yang menghampakan.

Setelah satu jam berlalu, Sowon mula mengantuk dan matanya terpejam. Manakala Kogyeol pula hanya duduk dan melihat ke luar tingkap di sebelah yeoja itu. Tanpa sedar, kepala Sowon terjatuh ke bahu Kogyeol. Namja itu memandang wajah Sowon. Sudah lama dia tidak melihat wajah itu secara dekat. Peristiwa pada malam yang bersaksikan Sungai Han hinggap di mindanya.

Pada malam itulah, dia meluahkan perasaannya dan ciuman pertama mereka dirakamkan di tempat itu. Sungguh, Kogyeol berasa gembira apabila Sowon menerima cintanya ketika itu. Tetapi malam itu juga dia diberikan amaran oleh appa Sowon supaya jangan menjalinkan apa-apa hubungan dengan anak gadisnya. Padahal akhirnya, appanya sendiri yang membiarkan anak gadisnya berkeseorangan.

Kogyeol mengelus perlahan helaian rambut Sowon. Lalu kepalanya juga diletakkan di atas kepala Sowon. Benar, perasannya terhadap Sowon masih ada. Dia tidak pernah melupakan Sowon selepas Sowon bergerak ke luar negara. Hanya dia yang ego. Dan dia yakin bahawa Sowon juga masih mencintainya.

Kogyeol dan Sowon terlelap di situ selama satu jam.

------------------------------------------------------

Encik Kim iaitu appa Sowon terbaring di atas katil di rumah lamanya. Dia kini sedang sakit tenat bermula dengan masalah kewangan dalam syarikatnya. Dia telah dipecat akibat tidak dapat menguruskan masalah itu sebaliknya semakin teruk dan tidak mempunyai sebarang kerja sambilan.

Selepas dia meninggalkan Sowon di luar negara beberapa tahun lalu, dia terus mengikut rakannya pulang ke Seoul kerana ada masalah kecemasan. Dia ingin memaklumkannya kepada Sowon tetapi tidak sempat. Akhirnya di sinilah tempatnya.

Encik Kim ingin benar berjumpa dengan Sowon untuk menebus kesalahannya sebelum dia pergi meninggalkan dunia ini.

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now