Xi dan Sowon berjalan semula ke bangku di mana Yuju dan Gyeoul ditinggalkan. Semasa berjalan, banyak persoalan timbul di fikiran Xi.
'Kenapa kau tak suka aku, Sowon-ah?'
'Kenapa kau seperti mengelakkan diri?'
'Kau ada masalah ke, Kim So Jung?'
Semua persoalan itu hanya disimpan. Mereka menuju ke arah Yuju dan Gyeoul yang sedang bersembang. "Yuju-ssi, rancak nampak. Dah pukul 5:45 dah ni. Kajja balik." Kata Sowon.
Sowon sebenarnya mahu pulang kerana mengelakkan diri daripada Xi. Dia tidak mahu berlama-lama bersama Xi, dia takut kalau ada perasaan lain mula muncul dalam dirinya. Tambahan pula, dia menyimpan perasaan pada Kogyeol.
"Oh, mianhae. Gyeoul, kami perlu balik sekarang. Annyeong." Yuju bangun dari duduknya. "Kajja, Sowon-ah." Yuju menarik tangan Sowon. Sebelum itu, Sowon sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Xi.
Dalam perjalanan pulang, mereka berborak kosong pula. "Kau buat apa dengan Xi tadi?" Tanya Yuju. "Nothing. Kami pun hanya bersembang." Kata Sowon selamba. "Ohh, tapi kan, Xi tu memang baik bukan? Bertuah siapa yang dapat jadi yeojachingu dia." Kata Yuju. Nampaknya Yuju tidak tahu apa yang terjadi diantara Sowon dan Xi. Sowon hanya mengangguk sahaja.
"Okaylah, aku masuk dahulu. Jumpa esok." Kata Sowon setelah sampai di hadapan rumahnya. Kelihatan appanya masih belum pulang dari kerja. Yuju tersenyum dan memandang Sowon yang sedang berjalan memasuki rumah. Lalu dia pun pulang ke rumahnya.
------------------------------------------------------
Kogyeol berjalan menuju ke kelasnya setelah menyiapkan tugasan di perpustakaan sekolah. Sedang dia berjalan, tiba-tiba seorang yeoja memanggilnya.
"Kogyeol!" Jerit yeoja itu. Kogyeol menoleh ke belakang. Itu pelajar kelasnya, Exy. Kogyeol mendekati Exy lalu bertanya, "Wae?". "Chingu saya nak jumpa awak di kantin." Kata Exy. "Oh,nae. Kamsahamnida." Kata Kogyeol lalu menuju ke kantin sambil melirik ke arah jam tangannya. Waktu rehat masih belum tamat.
Setelah tiba di kantin, dia mencari gerangan itu. Dia pula lupa ingin bertanya siapakah chingu Exy. Dia mencari sehinggalah seseorang memanggilnya. "Kogyeol!" Yeoja itu duduk di meja yang berada di sudut kantin. Kogyeol menuju ke meja itu.
Sebenarnya dia tidak suka akan yeoja itu. Yeoja itu sentiasa mengejarnya. Yeoja itulah yang memalukannya di hadapan ramai pelajar. Yeoja itu yang menyebabkan dia didenda di dalam majlis perhimpunan sekolah. Segala masalah yang dibelenggunya di sekolah selama ini adalah disebabkan oleh yeoja itu, Cheng Xiao.
"Kau nak apa lagi?" Tanya Kogyeol dengan muka menyampah. Dia sangat bencikan yeoja itu. Cheng Xiao kecewa apabila Kogyeol melayannya begitu. Dia langsung tidak sedar apa yang dia telah lakukan pada Kogyeol selama ini. "Aigoo~ saya bukannya nak apa pun. Saya cuma nak ajak bersembang dengan awak saja." Kata Cheng Xiao.
Kogyeol mula geli dengan layanan Cheng Xiao terhadapnya. Baginya, yeoja itu cuba untuk menggodanya. Malangnya, dia sendiri tidak akan tergoda dengan yeoja itu. Kogyeol tersenyum sinis. "Huh, kau pilih masa dan tempat yang salah." Katanya. Kogyeol ingin beredar tetapi tangannya pantas ditarik oleh Cheng Xiao. "Yahh! Apa ni?! Lepaslah!" Kogyeol pantas menarik tangannya semula dari genggaman Cheng Xiao.
Cheng Xiao mula naik darah. "Kenapa susah sangat awak nak terima saya? Yeoja mana lagi yang lebih sempurna daripada saya?" Tanya yeoja itu. Kogyeol tersenyum sinis buat kali kedua. "Ada yeoja yang lebih sempurna daripada kau. Aku mohon, tolong jangan kacau aku lagi, MICHIN YEOJA." Kata Kogyeol lalu beredar.
Cheng Xiao menjegilkan matanya. Tambahan pula apabila Kogyeol menekankan perkataan 'MICHIN YEOJA', itu sungguh menyakitkan hatinya. "Kwaenchanha, yeobo... tunggu apa yang aku akan buat pada kau. Aku akan buat kau melutut pada aku." Katanya sambil tersenyum sinis lalu beredar dari kantin.
Mereka berdua tidak sedar, peristiwa itu diperhatikan seseorang dari jauh.
YOU ARE READING
PROMISED (Malay FF)
Fanfiction[HIGH ACHIEVEMENT: NOMINATED IN WATTYS2017) Sinopsis dan watak2 ada dalam cerita ni... (so just open it!) Author: Wowous19 Genre: angst,romance Cover by: Wowous19