BAB 34

118 7 0
                                    

"Xi!"

Kelihatan dua orang yeoja menghampiri namja yang sedang menahan kesakitan itu. Sowon yang merupakan salah seorang daripadanya mendapatkan Xi lalu memeriksa apa yang berlaku kepada namja itu dan mendapati kakinya mengeluarkan cecair merah. Xi telah memijak paku tanpa sedar.

"Xi, kwenchanha?" Seorang yeoja yang sangat dikenali oleh Sowon menanyakan keadaan Xi.

"Kau... buat apa kat sini, Cheng Xiao?"

Kogyeol datang secara tiba-tiba dan dapat menangkap wajah yeoja itu. Cheng Xiao memandang Kogyeol. Mereka berjumpa lagi setelah bertemu di fansign yang diadakan tempoh hari. Sowon berasa risau melihat keadaan Xi. Tetapi mengapa Cheng Xiao bersama dengan Xi sekarang? Adakah mereka mempunyai hubungan istimewa? Jika benar, mengapa Xi tidak pernah menceritakan kepadanya?

Sowon berlari ke arah beg bagasinya dan mengambil sesuatu. Setelah itu, dia kembali semula ke arah mereka lantas menghulurkan pembalut luka kepada Cheng Xiao. "Ambil ni, dan bersihkan luka dia." ujar Sowon. Cheng Xiao teragak-agak untuk mengambilnya. "PALLI!" Akibat tindakan Cheng Xiao yang terlalu lambat, Sowon mencapai tangannya lalu meletakkan pembalut luka itu ke dalam tangannya.

Kogyeol pula, apabila melihat Xi yang hanya duduk menahan kesakitan, dia menghulurkan tangannya. "Ireona." Xi memandang tangan Kogyeol di hadapan wajahnya lalu mencapai tangan itu. Kogyeol membantunya berdiri dan menolongnya duduk di atas kerusi batu di sebelah mereka. "Gomawo, chingu-ya." Ucap Xi. Walaupun Kogyeol tidak menyukainya, tetapi dia tidak boleh mengabaikan keadaan namja itu.

Sowon mengeluarkan paku daripada kaki Xi dengan perlahan supaya Xi tidak menanggung kesakitan. Setelah luka dan darah sudah dibersihkan sepenuhnya, dia membalut kaki itu dengan pembalut luka dan mengemaskan balutan itu. "Dah siap." Sowon melilit semula pembalut luka itu dan mengemaskannya. Dia mencuci tangannya dengan bekal air yang dibawa. Xi hanya memandang Sowon, ingin berterima kasih tetapi segan mahu mengucapkan kata-kata itu.

"Kamsahamnida, Sowon-ssi. Kalaulah awak tiada di sini. Saya tak tahu apa yang terjadi pada Xi." Cheng Xiao berterima kasih kepada Sowon apabila melihat Xi yang tidak memberikan apa-apa respon. "Cheonma. Xi, saya harap awak tolong berhati-hati ketika berjalan." Xi hanya tersenyum mendengar nasihat Sowon. "Tapi sejak bila kamu berdua berkawan?" Tambah Sowon lagi.

Cheng Xiao dan Xi saling berpandangan. Dengan perlahan, Xi menarik Cheng Xiao untuk duduk bersebelahannya. "Sebenarnya, kami bercinta." Sowon dan Kogyeol terkejut mendengar pengakuan Xi. "Jin...jinjja?"

"Nae. Kami bercinta sejak dua minggu lepas. Maaf kerana buatkan awak berdua terkejut. Kogyeol, saya nak minta maaf sebab lukakan awak suatu masa dulu. Saya faham apa yang awak rasa. Saya juga kecewa bila dapat tahu awak cintakan Sowon dan bukannya saya. Tetapi sekarang, saya bahagia bersama Xi. Kami juga telah mendapat restu omma dan appa kami untuk disatukan pada masa akan datang." Jelas Cheng Xiao dengan panjang dan lebar.

Kogyeol tersenyum. "Kwenchanha, saya dah lupakan tentang tu. Tak usahlah awak ungkit lagi. Sekarang saya juga bahagia bersama Sowon. Saya pun dah maafkan awak dan Xi." Kogyeol memeluk bahu Sowon. "Xi! Awak tak pernah cakap pun awak dah berpunya! Kalau awak cakap, saya takkan minta untuk jumpa awak lagi." Sowon geram. Xi pula tersenyum sumbing. "Hehe. Sekarang awak dah tahu."

"Semoga awak berdua bahagia." Ucap Kogyeol dan Sowon kepada Xi dan Cheng Xiao. "Awak berdua juga." Balas Xi.

PROMISED (Malay FF) Where stories live. Discover now